in

Sua Rasa Tajaan Celcom di TV9 Mansuhkan Perkampungan Hadhari

Sua Rasa adalah acara untuk seisi keluarga mengetengahkan sajian istimewa di setiap negeri. Ia juga boleh dianggap pesta buah-buahan. Diperkenalkan oleh TV9 dengan kerjasama tajaan Celcom menyaksikan pembabitan ramai pengusaha, pengeluar produk dan lebih 40 gerai dibuka termasuk gerai Power Root, Silky Girl, Diamond Water, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Halalgel dan Tuah Marketing.

Sebagai permulaan, Mini Karnival Sua Rasa ini akan diadakan di empat lokasi bermula di Dataran Ayer Keroh, Melaka pada 23 dan 24 Ogos diikuti, Alor Setar, Kedah (Oktober), Muar, Johor (November) dan Ipoh, Perak (Disember).

Apa bedanya Sua Rasa dan Jomheboh yang dilancarkan oleh TV3? Tak jauh bedanya. Cuma konsep ada sikit lain. Skop Sua Rasa lebih meluas. Bukan sekadar menjadi lokasi riadah dan berhibur, pengunjung juga boleh mendapat pelbagai maklumat.

2790514473 35Ee9Ec539 O | 4

Justeru, apakah dengan kewujudan Mini Karnival Sua Rasa ini bermakna Perkampungan Hadhari dimansuhkan. Sua Rasa adalah acara yang diberi nafas baru kepada Perkampungan Hadhari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Eizlan Yusoof Bersama Isteri di Anugerah Skrin 2007

Teater Sambathan Arahan S.T Bala