in

Teater Sambathan Arahan S.T Bala

Kategori : Teater
Tarikh : 20 – 24 Ogos 08 
Masa : 8.30 Malam, 3.00 Petang

Sambanthan%20515 | 4
 
Sinopsis

Dipentaskan sempena sambutan Bulan kemerdekaan, teater ini memaparkan kisah hidup dan perjuangan Tun V.T Sambathan seorang tokoh pejuang kemerdekaan tanah air yang mewakili kaum India. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan beberapa tokoh lain, mereka bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah.

Sambathan, sebuah pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa dan penghormatan kepada Tun V.T Sambathan, rentetan perjuangan masa lalu yang dihidupkan kembali di pentas teater moden hari ini.

Sesuai untuk tontonan penonton berusia 12 tahun ke atas,  teater ini turut menyediakan sari kata dalam Bahasa Malaysia.

Karya dan Arahan
S.T. Bala

Komposer
Jay

Barisan pelakon
Mano Maniam
Dato’ Jalaluddin Hassan
Nicholas Pang Ming Cheng
dan ramai lagi….

Persembahan ini adalah terbitan bersama:
Istana Budaya dan Fenomena Seni Pentas

Tarikh Persembahan
20 – 24 Ogos 2008

Persembahan (Malam) – 8.30 Malam
20 – 24 Ogos 2008

Persembahan Matinee (Petang) – 3.00 Petang
24 Ogos 2008 (Ahad)

Tempat Persembahan
Auditorium Tunku Abdul Rahman
Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Tiket
RM20 & RM30
Potongan harga 50% untuk pelajar dan Warga Emas

Untuk maklumat lanjut/pertanyaan tentang tiket, hubungi:
03-4026 5558 (Box Office, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, KL)
03-4149 8600 (Hotline Ticket2u)
016-916 3144 (Fenomena Seni Pentas)

Pembelian dalam talian (online)
www.ticket2u.biz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sua Rasa Tajaan Celcom di TV9 Mansuhkan Perkampungan Hadhari

Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU