in

Step Forward 8TV

STEP FORWARD
Hos Baru! Musim Baru! Penerokaan Baru!

Keindahan pantai, kepelbagaian budaya, pemandangan mengagumkan dan makanan yang menyelerakan adalah antara pengalaman yang akan anda rasai, sebagaimana Step Forward kini kembali untuk musim ke-6.

Program bersiri ini telah mendapat sambutan hangat dengan mencapai rating penonton tertinggi sejak ia mula bersiaran di musim pertama. Step Forward merupakan antara program majalah dokumentari berbahasa cina yang dapat meraih penonton pelbagai bangsa lebih-lebih lagi bangsa Melayu.

Pada musim ke-6 ini, Step Forward berharap agar dapat menarik ramai lagi penonton kerana musim ini kami menjanjikan kandungan lebih menarik – dengan pelbagai lokasi berbeza, penemuan yang unik dan semestinya anda akan ditemani dengan hos yang baru!

Di musim terbaru ini Step Forward memaparkan konsep 1 Malaysia untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi lagi dalam sejarah penyiarannya, diiringi dengan hos baru berbangsa Melayu -Baki yang amat fasih berbahasa Mandarin dan penerbit Puan Mas Ayu yang juga merupakan wanita Melayu yang menjadi peneraju utama pelbagai program-program berbahasa Cina di 8TV.

Setiap minggu didalam Step Forward musim ke-6, penonton akan dapat menerokai cerita, sejarah, adat resam pelbagai budaya, pengalaman menyediakan makanan dengan cara yang unik, tradisi, keindahan hutan hijau tropika yang kami identifikasikannya sebagai Malaysia.

Selain mempunyai hos yang sentiasa bersemangat dan menghiburkan, Baki, anda juga akan ditemani dengan hos jemputan pada setiap minggu. Program dokumentari Mandarin ini akan disertakan dengan sarikata berbahasa Melayu yang akan bersiaran sebanyak 15 episod kesemuanya.

“Menonton Step Forward kadang-kala mengingatkan saya tentang betapa pentingnya menghargai sesuatu benda yang kecil dan mengenai perkara yang selalu dianggap mudah. Kita harus bersyukur dengan keindahan alam, keamanan, dan keharmonian negara kita. Banyak antara kita yang mengambil sikap sambil lewa tentang perkara tersebut. Musim ini, pastinya penonton akan menghargai dan mendalami keindahan penerokaan Malaysia dalam Step Forward musim ke-6,” kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Jangan lupa untuk menonton Step Forward Musim 6, setiap Sabtu, 9.30malam – 10.00malam di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Diana Danielle Duta Produk Barangan Kemas Public Gold

Mila Nafi Syarikat LuvMILA Corporation Tak Beroperasi