in

Status Menyindir Zed Zaidi Pesawat MH370 Hilang Kini Trending

Pagi Sabtu, 8 Mac 2014, satu berita misteri yang mengejutkan telah berlaku. Pesawat penerbangan MAS MH370 ke Beijing dilaporkan hilang dari radar dan gagal dikesan di Laut China Selatan. Budiey sendiri terkejut dari lena apabila media sosial menjadi saluran untuk menyalurkan berita. Seluruh rakyat Malaysia masih lagi terkejut dan sekarang #PrayForMH370 menjadi trending di sosial media. Rata-rata mendoakan yang terbaik agar pesawat berkenaan ditemui semula dalam keadaan selamat. Namun, semasa entri ini ditulis, pesawat tersebut masih lagi belum dijumpai.

Ramai yang meluahkan rasa sedih, bimbang dan simpati di laman sosial termasuklah selebriti tanahair. Namun, status bekas Presiden Seniman yang juga pelakon, Zed Zaidi tiba-tiba menjadi trending dan menjadi bualan hangat di laman sosial apabila Zed Zaidi menulis di laman sosial ` dan Facebook miliknya mengatakan yang beliau hairan bagaimana pesawat yang besar boleh hilang dan mengaitkan yang melanda melanda MAS sebelum ini iaitu isu ‘nasi lemak telanjang’. Status tersebut disiarkan pada jam 11.46 pagi tadi. OMG, terkejut juga Budiey membaca status Zed Zaidi.

Status Zed Zaidi

Budiey rasa, status seperti ini tidak sepatutnya diluahkan oleh Zed Zaidi. Kesan dari tersiarkanya status ini, Zed Zaidi telah menerima teguran daripada ramai selebriti. Antaranya, Erma Fatima yang sekarang ini menjadi pengarah dan masih sibuk dengan hari terakhir Konsert Teaterikal Suara Kita.

Tweet tersebut menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia termasuk juga dikalangan artis sekaligus menempelak Zed mengatakan selebriti itu sensitif dan berperikemanusian dan ia satu gurauan yang tidak masuk akal.

Secara tidak langsung Zed tidak semena-mena sekali lagi telah mencetuskan kontriversi dan boleh dikata yang beliau mencari publisiti murahan. Sekaligus memalukan para selebriti tanah air yang lain.

Jadi, tidak pelik jika status sindiran tersebut membuatkan nama Zed Zaidi telah timbul menjadi trending worldwide? Apa tidaknya, ramai yang tidak puas hati dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang mereka anggap tidak ada akal ini.

Hal melibatkan nyawa orang jangan dibawa bergurau. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak Tweet, hhhmm.. kena print screen la jawabnya. Zed… Zed…

Apa sahaja yang berlaku, marilah sama-sama kita doakan akan keselamatan mereka yang berada di pesawat MH370.

Selain tweet Zed Zaidi yang dikatakan bakal jadi pemimpin, ada juga pemimpin lain yang diselar gara-gara tidak sensitif dalam isu ini, di mana semalam juga Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin diselar di jaringan media sosial Twitter gara-gara tweet yang dilihat memperolok-olokkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan Boeing 777 – MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Nizar berkata kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat itu beberapa jam selepas terputus hubungan sejak pukul 2.40 pagi Sabtu menunjukkan “Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam. Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna.”

Mmm… macam-macam la ek… Apa ke hei ni yob?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Selamat Nikah Dengan Sekali Lafaz

PUTERI SARAH LIYANA

Gambar Sekitar Majlis Nikah Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana