in , ,

Zed Zaidi Dedah Wajah Penyerang Kamal Adli, Mungkin Dia Ambil Dadah?

Insiden yang berlaku pada pelakon, Kamal Adli yang telah diserang seorang individu lelaki tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi yang turut bersuara terhadap insiden yang berlaku.

Menurut Zed Zaidi, insiden berkenaan tidak seharusnya berlaku di dalam negara yang paling selamat di dunia. Tambahnya lagi, presiden SENIMAN ini turut berpendapat pelaku yang menyerang Kamal Adli berkemungkinan berada di bawah pengaruh dadah.

Mahkamah Singapura menetapkan lelaki yang didakwa menyerang artis Malaysia Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.

“Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri,” kata Hakim Daerah Terence Tay yang bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Orang Yang Pukul Kamal Tu, Aku Rasa Dia Terlibat Dengan Dadah”

“Mengenai Kamal Adli kena pukul di luar negara dalam satu program ekspo, aku punya pandangan benda tu tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya pihak penganjur kena tingkatkan lagi keselamatan supaya perkara ini tak berulang lagi.

Ni baru cedera parah tau, belum lagi kalau ada kehilangan nyawa berlaku disebabkan perkara macam ni. Orang yang pukul Kamal tu, aku rasa dia terlibat dengan dadah.”-kata Zed Zaidi

Dedah Wajah Penyerang Kamal Adli

Dalam hantaran yang berbeza, presiden SENIMAN ini turut memuatnaik video yang memaparkan wajah seorang individu yang didakwa penyerang Kamal Adli di sebuah ekspo yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.

“Tahniah orang-orang Singapore dan wakil-wakil Malaysia yang berjaya bedok mamat yang pukul Kamal Adli ni. Semoga keadilan dan hukuman yang setimpal dan keras perlu diambil!!.”-Kapsyen Zed Zaidi di TikTok

Semoga si pelaku tu mendapat hukuman yang setimpal..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIDZ ROSHDI

“Kita Orang Duduk Flat Masa Awal Kahwin, Susah Senang Sama-Sama,”

Nikmati Viu Premium Secara PERCUMA dengan Ultra Box Hingga 8 Jun Ini