in , ,

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Selamat Nikah Dengan Sekali Lafaz

Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat Syamsul dan Liyana. Semoga bahagia selamanya.

Walaupun tangan masih bergrip selepas disahkan mengidap demam denggi, pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof akhirnya melangsungkan majlis nikah dan kini sah bergelar suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.31 pagi tadi, 8 Mac 2014. Majlis ijabkabul kedua mempelai ini telah diadakan di masjid Al- Muqaramah, Bandar Sri Damansara.

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Selamat Nikah

Pemilik nama sebenar, Mohd Syamsul Bin Mohd Yusof, 29, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa. Majlis bersejarah pasangan ini turut disaksikan oleh ibu bapa kedua-dua mempelai iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1111. Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Syamsul menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Puteri Sarah pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Syamsul memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Sebagai balasan aktres yang membintangi drama ‘Mat 3/4’ ini memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sepasang kasut, set penjagaan lelaki jenama Kiehl’s, beg jenama Boss, sebuah Macbook jenama Apple, sepersalinan pakaian, kek dan buah-buahan.

Pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan jubah berwarna putih sedondon. Majlis serba sederhana tetapi meriah itu dihadiri oleh sanak-saudara terdekat, rakan-rakan serta wakil pihak media.

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Selamat Nikah

Hubungan percintaan pasangan telah tersebar sejak beberapa lama tetapi kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan status berkenaan. Sehinggalah tersebarnya berita keluarga Syamsul merisik Puteri Sarah. Majlis merisik tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan yang terletak di Sri Damansara pada 12 Januari lalu.

Sementara itu majlis resepsi sebelah pihak perempuan yang sepatutnya akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam malam ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian berikutan keadaan kesihatan pengantin lelaki yang tidak mengizinkan.

Syamsul dimasukkan ke hospital Gleneagles pada Selalu selepas disahkan menghidap demam denggi. Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.

Syafiq yang telah mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012 akan melangsungkan perkahwinan pada 5 April depan. Sumber: Malaysian Digest

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Selamat Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Shae Bakal Muncul Di Filem 3600 Detik

Status Menyindir Zed Zaidi Pesawat MH370 Hilang Kini Trending