in , ,

Gambar Sekitar Majlis Nikah Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1111. Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Syamsul menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Puteri Sarah pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Selamat pengantin baru pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang telah selamat bernikah dengan selebriti Puteri Sarah Liyana. Semoga bahagia selamanya.

Pada jam 10.31 pagi tadi, Syamsul Yusof akhirnya melangsungkan majlis nikah dan kini sah bergelar suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana dengan sekali lafaz, Majlis ijabkabul kedua mempelai ini telah diadakan di masjid Al- Muqaramah, Bandar Sri Damansara.

Syamsul memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Sebagai balasan aktres yang membintangi drama ‘Mat 3/4’ ini memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa Al-Quran, sireh junjung, sepasang kasut, set penjagaan lelaki jenama Kiehl’s, beg jenama Boss, sebuah Macbook jenama Apple, sepersalinan pakaian, kek dan buah-buahan.

Pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan jubah berwarna putih sedondon. Majlis serba sederhana tetapi meriah itu dihadiri oleh sanak-saudara terdekat, rakan-rakan serta wakil pihak media.

Jom kita tengok sekitar gambar menarik di Majlis Nikah Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Status Menyindir Zed Zaidi Pesawat MH370 Hilang Kini Trending

Kehilangan Pesawat MH370 Zed Zaidi Memadam Status Twitter