in

Spongebob Squarepants The Movie & Toy Story

Slot Cinema On 2 Khas Cuti Sekolah Di TV2 : Spongebob Squarepants The Movie Dan Toy Story

KUALA LUMPUR, 15 November – Cuti penggal persekolahan pastinya saat yang dinantikan oleh semua terutama bagi murid sekolah yang tidak berpeluang meluangkan masa menonton televisyen hingga lewat malam. Justeru kesempatan yang ada pada musim cuti persekolahan inilah yang patut digunakan sebaiknya untuk menyaksikan program-program kegemaran masing-masing.

Memastikan penonton kanak-kanak serta seisi keluarga terhibur dengan program disiarkannya, TV2 mengisi slot popular Cinema On 2 sepanjang dua minggu berturut-turut dengan menyiarkan dua filem hebat; Spongebob Squarepants The Movie pada 23 November dan menyusul Toy Story pada 30 November, jam 10.00 malam.

Siapa yang tidak kenal makhluk kuning popular yang rancangannya turut diangkat dalam sebuah filem menarik, Spongebob Squarepants The Movie? Filem arahan Stephen Hillenburg dan Mark Osborne yang meminjam suara Jeffrey Tambor, Rodger Bumpass and Carolyn Lawrence ini pastinya mampu mencuit hati sesiapa sahaja dengan aksi dan kerenah yang ditimbulkan.

Kisahnya bermula apabila terdapat masalah baru berlaku di Bikini Bottom. Seseorang dipercayai telah mencuri mahkota Raja Neptune yang disahkan hilang. Hanya seorang sahaja yang disyaki mencuri dan melarikan mahkota itu iaitu majikan kepada SpongeBob, Encik Krab.

Begitu pun Spongebob percaya Encik Krab tidak akan melakukan kesalahan tersebut kerana seburuk mana pun layanan majikannya itu terhadapnya, Encik Krab miliki sebab yang tersendiri. Encik Krab mahu melihat dirinya lebih maju daripada sebelumnya.

Spongebob kemudiannya nekad mahu membongkar siapakah pelaku yang bertanggungjawab mencuri mahkota yang amat berharga itu. Lalu bersama-sama teman baiknya Patrick, dia melaksanakan mencari musuh yang melakukan khianat kepada Shell City itu dan mendapatkan semula mahkota serta maruah majikannya yang telah tercalar.

Toy Story (1995) pula yang disiarkan kemudiannya dengan kisah berlaku apabila mainan koboi rasa terancam dan cemburu apabila tuannya memiliki alat permainan baru merupakan mainan mewah angkasawan. Apatahlagi sebelum kehadiran permainan baru itu, dirinya begitu bernilai dan disayangi oleh tuannya.

Saksikan filem arahan John Lasseter yang menggunakan suara latar aktor terkenal Tom Hanks, Tim Allen dan Don Rickles ini hanya di TV2.

Spongebob-squarepants-the-movie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Discover Malaysia’s Forgotten Kingdom with Hidden Cities

Filsuf Muka Surat Satu