in

Filsuf Muka Surat Satu

Terimalah buah tangan daripada ikon rap tanah air dengan album terbarunya – FILSUF – MUKA SURAT SATU!!!

Pada mulanya dikenali sebagai salah seorang ahli kumpulan hip-hop tanah air, Ahli Fiqir, Daly atau nama sebenarnya Fadali Mohd. Darif kini muncul sebagai artis solo di bawah naungan label Warner Music Malaysia . Dengan menggunakan nama Filsuf pada kali ini, Daly masih mengekalkan imej Ahli Fiqir dengan memperjuangkan muzik hip hop-nya. Walaupun menggunakan nama yang berbeza, pelopor Ahli Fiqir ini masih setia menggunakan imej Ahli Fiqir apabila ‘Filsuf’ sendiri sebenarnya merupakan perkataan Arab yang bermaksud ‘Ahli Fikir’.

image002

MUKA SURAT SATU merupakan album pertama beliau sebagai artis solo. Buah tangan daripada Filsuf ini melibatkan kolaborasi bersama beberapa artis tempatan termasuk Erna, Hal Husaini, Bob Yusof / Bob AF, Wana dan Capital South & Masfuany. Hasil kerjasama ini, MUKA SURAT SATU memberi kepelbagaian kepada para pendengar.

Menyentuh aspek kepelbagaian, album ini memperdengarkan kepelbagaian dari segi penyampaian dan penghasilan lagu. Lagu SENDIRI DI KUALA LUMPUR gandingan Filsuf bersama Bob AF adalah sebuah lagu yang menggandingkan rentak Ghazal dan Hip Hop. Manakala, YANG SEBENAR gandingan Filsuf dengan Hal Husaini merupakan sebuah lagu yang berunsur jazz. Sebuah lagi lagu yang menjanjikan kelainan yang ketara, yang turut dimuatkan dalam album ini adalah BOLEH. Sebagai sebuah lagu hasil kolaborasi bersama Capital South & Masfuany, BOLEH adalah gabungan rentak Banghra dan Hip Hop.

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album ini :

1. 1.4.3.4.3.1
2. SEMUANYA KERANA HIPHOP feat. ERNA
3. HITAM MANIS
4. YANG SEBENAR feat. HAL HUSAINI
5. SENDIRI DI KUALA LUMPUR feat. BOB YUSUF/BOB AF
6. AKU BAHAGIA MELIHAT KAU BAHAGIA

Turut dimuatkan dalam album ini adalah 3 lagu bonus :

1. HAYUNKAN TANGANMU
2. AIRMATA JATUH DI DALAM FILSUF feat. WANA
3. BOLEH feat. CAPITAL SOUTH & MASFUANY

HITAM MANIS adalah single pertama Filsuf daripada album beliau kali ini. Berlainan daripada versi cover oleh bintang lagenda Allahyarham R Azmi, HITAM MANIS oleh Filsuf mempunyai elemen Hip Hop, sebuah elemen yang cukup sinonim dengan nama beliau. Selain itu, lirik lagu HITAM MANIS ini juga telah diubah suai oleh Filsuf bagi memenuhi kriteria stail lagu.

HITAM MANIS
Senilagu: Hakcipta Terpelihara
Adaptasi Senikata: Filsuf
Hakcipta Senilagu: Hakcipta Terpelihara
Hakcipta Adaptasi Senikata: Shuvit Management

Ini bukan lagu cinta
Lagu ini aku tujukkan khas untuk orang-orang yang seperti aku
kamu tahu siapa kamu
Tak perlu lagi risau tak perlulah lagu malu-malu
Dengarkan lagu ini…semoga terhibur!!

Korus
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

Tak perlu lebih gula
Tak perlu lagi perisa untuk menambahkan rasa
Semulajadi sejak dari mula
Ramai yang tergoda,ada yang jatuh cinta
Ada juga yang jadi cemburu buta hanya kerana warna
Ada yang kata unik ada juga yang kritik
Walaupun sudah terbukti secara saintifik
Lihat saja statistik
Hitam itu menawan hitam itu klasik
Tak perlu jadi the ‘Bomb’ hitam itu menarik
Tak usah main tali hulur tarik hulur tarik bisik-bisik membisik
Katakan saja di depan mata
Kenapa mesti malu kenapa ragu-ragu
Katakan saja setuju
Aku mahu kalau kau mahu
Tapi kalau kau tak mahu aku pun tak akan merasa sedih tan pilu
Kerna ku tahu..Aku

ulang korus

Sepuluh budak hitam main di tepi jalan satu kena langgar tinggal (Sembilan)
Sembilan budak hitam main di dalam hutan satu sesat jalan tinggallah
(Lapan)
Lapan budah hitam mainlah kejar-kejar satu jatuh tersungkur tinggallah
(Tujuh)
Tujuh budak hitam mainlah selam-selam satu lemas dalam kolam tinggallah
(Enam)
Enam budak hitam main di tepi paya satu jatuh dalam paya tinggallah
( Lima )
Lima budak hitam mainlah lompat-lompat satu tak sempat lompat tinggallah
(Empat)
Empat budak hitam mainlah kira-kira satu tak tahu kira tinggallah (Tiga)
Tiga budak hitam ingin jadi rappers melayu dua tak cukup hitam tinggallah
(Satu)
Salah…habis Tu? Tinggal aku….

Ulang korus

Jangan sekali kau hina manusia seperti ku
Biarlah buruk di mata orang asal tidak di mata kamu
Jangan di paksa jangan memaksa
Lain mulut lain kata lain rasa lain bicara
Tak perlu saing bersaing tak perlu juga banding membanding
Ini pilihan masing-masing
Walupun rambut sama hitam hati tetap lain-lain

Dengan memuatkan hasil karya Filsuf sendiri, album ini tentunya dinantikan oleh peminat muzik hip hop tanah air! Bagi para penggemar muzik, dapatkan album FILSUF yang kini telah pun berada di pasaran sejak 27 Oktober 2011, dengan harga hanya RM21.90!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spongebob Squarepants The Movie & Toy Story

U Mobile Celebrates Pop Star 2011