in

Sofia Jane Menang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007

Oh My God! Macam tak percaya pun ada nih. Sofea Jane, pelakon berbibir tebal yang paling Budiey minati lakonannya… (selain Nasha Aziz dan Maya Karin) menang award juga akhirnya! Semasa nama Sofia Jane diumumkan, Budiey masa tu cam blur sikit. Betul ke? Tapi sure seronok giler Sofea Jane masa tu. Budiey pun memang harap sangat pelakon yang pernah kontroversi dengan filem Perempuan, Isteri dan Jalang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007. Ternyata comeback yang dibuat oleh Sofea Jane dalam drama Sebuah Ijtihad berjaya memberikan impak yang berkesan.

Sofia Jane tampil dengan gaun biru yang menawan rekaan Zery Zamry, seorang pereka berbakat yang pernah memenangi Piala Jarum Berlian 2004 dan antara peserta Project Runway musim pertama.

Menurut Sofea Jane, sepanjang bergiat sebagai pelakon, inilah satu-satu anugerah yang diberikan dan ianya dapat mengembalikan semangat untuk terus berlakon dengan cemerlang. Memulakan karier sebagai pelakon pada usia 18 tahun sehingga kini dalam usia 35 tahun, Budiey rasa Sofia Jane masih ada peluang untuk menjadi primadona filem Melayu. Semoga lepas ni, Sofia Jane terus bergiat cergas dalam bidang lakonan. Tahniah dari kami di Sensasi Selebriti, Kak Sofea!

Sofia Jane

 2112007180 5F495Dc827 O | 3

2112009310 0Afb1E779C O | 4

2112203636 29B973F800 O | 5

Budiey sempat berbual-bual dengan pereka kostum untuk Sofea Jane, Zery Zamry yang katanya akan membuka butiknya tidak lama lagi. Masih mencari investor untuk tujuan itu. Dude, you really did a good job! Good luck in your future of dream catching! What a great thing you’re doing. Yes, the risks are worth taking!

Kalau ada majlis pelancaran butik tu, jangan lupa jemput kami nanti ya.

[tags]profile sofea jane. pusat pelacuran, pelakon jalang, Zeri, Zambri, blog fahion, butik zerry zamry, demi-coutoure, Zery Zamry Couture, hatta dolmat, vince, ucapan krismas[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faradhiya Perampas Suami Orang?

Gossip Artis Lelaki Gay dibela Menteri Biseksual?