in

Snoop Dogg’s Father Hood @ 8TV

Snoop dogg’s father hood
Jom Saksikan Kehidupan Sebenar Rapper Popular anda

Pernahkah anda terfikir bagaimana selebriti terkenal mengimbangi kehidupan dan karier mereka supaya semuanya berjalan dengan lancar? Kami berikan jawapannya di Snoop Dogg’s Father Hood yang akan disiarkan di 8TV bermula 28 Januari (Rabu) ini jam 9.30 malam.

3220386911 0472D199Ae | 3

Snoop Dogg’s Father Hood merupakan sebuah program realiti yang mempaparkan kehidupan rapper terkenal Snoop Dogg sebagai selebriti terkenal, suami dan juga bapa. 

“Ini merupakan sebuah lagi rancangan hiburan untuk seisi keluarga. Jika anda tertanya-tanya bagaimana kehidupan selebriti di rumah, program ini tentunya menjadi pilihan anda! Peminat-peminat Snoop Dogs pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton sendiri kehidupan peribadi Snoop Dogg!,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Cordozar Calvin Broadus Jr. atau lebih dikenali dengan nama Snoop Dogg merupakan rapper terkenal dan kerjaya seni beliau pernah beberapa kali dicalonkan di Grammy Awards. Snoop Dogg yang terkenal kerana gaya rap yang tersendiri berkahwin dengan Shante Taylor Broadus pada tahun 1997.

Snoop Dogg’s Father Hood merupakan sebuah rancangan realiti televisyen television yang mempaparkan kehidupan Snoop Dogg sekeluarga. Shante ‘Lady Boss’ (isteri),  Cori (anak perempuan) yang dipanggil ‘Choc’ dan dua anak lelakinya Cordell yang digelar ‘Rook’ dan Corde yang dipanggil ‘Spank’ pastinya menarik perhatian anda.

Anda juga dapat menyaksikan bagaimana Snoop dan isteri menangani kerenah anak-anaknya yang adakalanya agak nakal.

Jangan lupa untuk menyaksikan rancangan yang cukup menghiburkan ini!  Snoop Dogg’s Father Hood akan disiarkan bermula 28 Januari 2009 jam 9.30 hanya di 8TV.

3220387501 F7A3A72240 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wani Wendy Wong Kahwin Dengan Yacob Chik

Gambar Saiful Apek Berseluar Dalam Sifu & Tongga