in

SMASH Popular Gara-gara Kritikan Negatif Dari Haters?

Pada awal kemunculan mereka, SMASH yang kini dah tinggal 6 orang (selepas Morgan keluar dari grup) nampaknya tidak putus-putus menerima kritikan negatif para peminat muzik. Tohmahan yang dilempar kepada kumpulan berasal dari Indonesia ini seperti mereka digelar kurang macho, plagiat kumpulan Kpop, dikatakan tidak bangga dengan produk Indonesia bahkan ada yang mendakwa SM*SH mengamalkan hubungan sesama jenis (homoseksual) dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya, kritikan ini sendiri telah menaikkan nama SMASH.

Smash

Namun dalam masa empat tahun ini, segala caci maki yang diterima oleh kumpulan yang asalnya bertujuh ini telah dibuktikan dengan prestasi. Selain mempunyai seramai 6.7 juta pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook, antara yang kejayaan membanggakan apabila mereka dinobatkan sebagai Artis Asian Terbaik di Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) 2013, di Hong Kong baru-baru ini.

Berkesempatan bertemu SM*SH sewaktu showcase mereka di Auditorium Bently Music, Damansara, minggu lalu, mereka mendedahkan ramai pengkritik kini sudah menjadi peminat mereka.

“Kalau dulu kami teruk dikritik malah kini kami masih terus dikritik. Tapi apa yang menggembirakan, ada antara haters (pengkritik) yang sekarang sudah jadi peminat kami.

“Selama empat tahun, macam-macam kami lalui. Seperti tidak percaya juga yang sekarang kami sudah punya dua album dan berjaya dipasarkan di Indonesia dan di Malaysia. Kami sangat hargai para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami. Tanpa mereka, kami tidak mungkin boleh bertahan dan berada di tahap ini”, kata Bisma mewakili teman-temannya yang lain ketika ditemui sejurus usai showcase.

Dalam pada itu seorang lagi anggota, Rafael pula berkata, mereka tidak mahu dikenali sebagai idola sebaliknya lebih senang kalau dianggap sebagai inspirasi buat peminat mereka.

“Kejayaan yang diperolehi hari juga adalah satu tanggungjawab besar. Kepercayaan peminat pada kami. Jadi kami harus berusaha lebih kuat lagi untuk memberikan yang terbaik pada peminat-peminat”, katanya.

Gambar sekitar Showcase SMASH & Stacy dah diupload di Instagram Budiey tapi untuk anda yang baca kat sini, korang layan foto kenangan ini ya.

Smash

Smash

Smash

Smash

Smash

Smash

Smash

Smash

Smash

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Peraduan PETRONAS My Dream Getaway Terima Hadiah

Pelakon Hebat Malaysia Dalam Drama Ariana Rose