in , ,

Showcase & Sessi Bertemu Peminat Bersama SMASH & Stacy

Hello Hello Hello, Bangun Bangun Bangun… itulah antara bait-bait lirik lagu terbaru dari kumpulan popular Sm*sh dan Stacy yang meletop kedengaran di semua corong corong radio anda. Lagu Hello ni memang best giler dengar. Tambah lagi bila dah lama dah Budiey tak dengar lagu terbaru buah tangan dari SMASH. Teringat lagi, semasa kunjungan kali pertama SM*SH kat Malaysia dua tahun lalu, Budiey turut dilantik sebagai Blogger Rasmi dan kali ini Warner Music Malaysia masih lagi memberi kepercayaan untuk menjadi Blogger Rasmi untuk Showcase & Sessi Bertemu Peminat Bersama SMASH & Stacy. Terima kasih Warner Music Malaysia.

[pullquote align=”right”]Banyak sekali impak kunjungan pertama SM*SH di mana ramai sekali followers kumpulan ini turut follow Twitter @budiey dan kali ini, Budiey janji korang juga akan mendapat live update sekitar kunjungan kali kedua SM*SH di Malaysia. Jadi, jangan lupa follow Instagram BUDIEY , Twitter @budiey dan juga LIKE Facebook Budiey.com ya.[/pullquote]

Showcase & Sessi Bertemu Peminat Bersama SMASH & Stacy

[dropcap]J[/dropcap]adi, Budiey nak ringkaskan info kat sini, khas untuk para peminat Sm*sh dan Stacy, mereka bakal mengadakan Showcase dan Sessi Bertemu Peminat (Meet & Greet) bersama peminat mereka pada 27 Disember (Jumaat) Di Wisma Bentley jam 3.30 petang. Sementara itu, peminat juga berpeluang untuk bertemu dengan SM*SH secara ekslusif di sesi Meet & Greet yang diadakan pada 29 Disember 2013 di sebuah pusat karaoke popular di ibu kota. Untuk menang pass ke Meet & Greet, sila klik sini: Peraduan Menang Pass Meet & Greet Bersama SMASH

Untuk info, Sm*sh akan berada di Malaysia dari 26 Disember hingga 30 Disember dalam rangka promosi album terbaru mereka. Nanti korang boleh dengar suara SMASH di sesi temubual corong-corong radio dan juga di kaca TV. Sempena untuk mempromosikan single dan mahu melancarkan album terbaru mereka ini, mereka turut menyeru kepada semua peminat agar mendapatkan Album Edisi khas bagi peminat-peminat mereka di Malaysia.

Album ini ternyata berbeza dari album yang dipasarkan di Indonesia. Ia merupakan album Step Forward mereka dengan tambahan 3 lagu hits dari album pertama serta bonus track ‘HELLO’ bersama Stacy. Kepada para peminat atau pembeli yang memiliki album ini bakal menerima booklet gambar-gambar SM*SH secara ekskulisif untuk EDISI pasaran di Malaysia sahaja.

Nak pass eksklusif ke Meet & Greet bersama kumpulan SMASH dan Stacy? Nantikan peraduan menang tiket ini di Budiey.com yang akan disiarkan tak lama lagi. Tunggu!

POSTER showcase smash stacy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adira Nafi Guna Pengaruh Kekasih Jual Produk Kecantikan

Samsung Rewards 1000 Customers with Shopping Spree