in , ,

Peraduan Menang Pass Showcase SMASH & Stacy

Setiap kali kumpulan anak muda, SM*SH datang ke Malaysia, setiap kali itu juga peminat dan fanatik kumpulan ini berteriak dan jadi histeria. Fenomena kumpulan SM*SH dapat Budiey rasakan semasa kunjungan kali pertama mereka pada dua tahun lepas di mana Budiey turut terlibat menjadi Blogger Rasmi untuk Showcase SMASH di Sungei Wang Plaza. Korang masih ingat lagi tak? Tentu kenangan tu masih segar dalam ingatan kan? Ke dah lupa? Budiey masih ingat, pada masa tu, memang ramai peminat yang teruja mahu berjumpa dengan SMASH dan Budiey turut membawa 10 orang pembaca untuk bertemu dengan SMASH di Meet & Greet bersama kumpulan ini di sebuah restoran Arab di Soho KL. Itu satu kenangan yang sangat berharga bagi mereka.

[pullquote align=”right”]Untuk peraduan ini, Budiey ada sebanyak 50 tiket untuk diberikan kepada pembaca Budiey.com untuk hadir menyaksikan Showcase SMASH & Stacy yang akan berlangsung pada 27 Disember 2013 (hari Jumaat) jam 3.30 petang di Auditorium Music Bentley, Wisma Bentley, Mutiara Damansara. Bermakna, Budiey sekarang mencari 25 orang pemenang untuk peraduan ini. Seorang pemenang boleh membawa hanya seorang kawan sahaja. [/pullquote]

Sejak mula ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010, kumpulan anak-anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 pada Dahsyatnya Awards 2011 sebagai antara Aksi Panggung Terdahsyat.

SM*SH telah berjaya meraih 4 anugerah pada Inbox Awards 2011 dengan memenangi Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You). Mereka juga turut memenangi Nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids’ Choice Awards 2011, juga 2 anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai Artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik!

Dengan koleksi nominasi yang telah mereka menangi, SMASH telah membuktikan betapa mereka adalah sekumpulan anak muda yang berbakat ! Khas buat para peminat muzik pop dance tanah air, anda kini berpeluang untuk menyaksikan persembahan SMASH dengan lebih dekat lagi !

Untuk kali ini, Budiey jangkakan, kumpulan peminat SMASH semakin membiak, bertambah ramai dan Budiey percaya Showcase SM*SH & Stacy akan mendapat sambutan dari peminat. Budiey juga dengar ramai peminat mahu datang untuk sesi Meet & Greet Bersama SM*SH yang akan berlangsung pada 29 Disember 2013 (hari Ahad), jam 8 malam di Red Box.

Untuk info, Sm*sh akan berada di Malaysia dari 26 Disember hingga 30 Disember dalam rangka promosi album terbaru mereka. Nanti korang boleh dengar suara SMASH di sesi temubual corong-corong radio dan juga di kaca TV. Sempena untuk mempromosikan single dan mahu melancarkan album terbaru mereka ini, mereka turut menyeru kepada semua peminat agar mendapatkan Album Edisi khas bagi peminat-peminat mereka di Malaysia.

Album ini ternyata berbeza dari album yang dipasarkan di Indonesia. Ia merupakan album Step Forward mereka dengan tambahan 3 lagu hits dari album pertama serta bonus track ‘HELLO’ bersama Stacy. Kepada para peminat atau pembeli yang memiliki album ini bakal menerima booklet gambar-gambar SM*SH secara ekskulisif untuk EDISI pasaran di Malaysia sahaja.

Peraduan Menang Pass Showcase SMASH & Stacy

[dropcap]A[/dropcap]nda peminat Smash dan Stacy? Anda mahu melihat gabungan mereka berdua dalam satu persembahan lagu Hello secara live? Jika ya, anda perlu menyertai peraduan ini bagi membolehkan anda menyaksikan showcase mereka yang julung kali diadakan! Okay lets go!

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Showcase SMASH & Stacy di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/BudieyDotCom , Follow Twitter Budiey: @Budiey & Instagram: BUDIEY & hashtag rasmi #ShowcaseSmashStacy

3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & #ShowcaseSmashStacy

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #ShowcaseSmashStacy. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #ShowcaseSmashStacy bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #ShowcaseSmashStacy. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu ke #ShowcaseSmashStacy bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:

Saya mahu sangat ke Showcase SMASH & Stacy kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Menang Pass Showcase SMASH & Stacy 

Tarikh tutup peraduan:

25 Disember 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Music Malaysia kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com & melantik Budiey.com sebagai Blogger Rasmi untuk Showcase SMASH & Stacy.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Poster Showcase Smash Stacy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Aril Pilus Bakal Nikah Hari Ini

Jom Sambut Tahun Baru 2014 di PICC Putrajaya