in , ,

Siti Sarah Dimasukkan ke ICU, Tahap Oksigen Tak Stabil, Shuib Mohon Semua Berdoa

Dikhabarkan Siti Sarah Kini Berada di Unit Rawatan Rapi ICU kerana tahap oksigen dalam badannya berkurangan dan tidak stabil. Sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah kembali sembuh.

Pada pagi Jumaat ini, Shuib memohon semua pengikutnya di Instagram agar menadah tangan dan berdoa agar isterinya, Siti Sarah cepat sembuh dari jangkitan Covid-19. Menurut Shuib, Siti Sarah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan oksigen yang tak stabil dan keadaan Siti Sarah yang masih tidak berapa baik.

Berita yang disiarkan di Berita Harian semalam melaporkan Siti Sarah Raisuddin yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen menurun pada hari Rabu lalu.

Siti Sarah Dimasukkan ke ICU, Tahap Oksigen Tak Stabil, Shuib Mohon Semua Berdoa

Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik. Saya mohon di hari baik, hari jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

– Shuib

Minggu lalu, Siti Sarah, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata telah disahkan positif COVID-19. Keadaan Siti Sarah dikongsi suaminya, Shuib menerusi laman Instagram (IG), beberapa hari lalu.

Dalam perkongsian video 14 saat itu, Siti Sarah kelihatan duduk atas kerusi roda sambil memakai oksigen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambulans.

Siti Sarah Dimasukkan ke ICU, Tahap Oksigen Tak Stabil, Shuib Mohon Semua Berdoa

“Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,”

– Shuib

Sementara itu, syarikat pengurusan, Indigital Music dalam kenyataan memaklumkan Siti Sarah sepatutnya memotong gelang semalam, tetapi mengalami batuk dan mengadu tidak selesa, sejak kelmarin.

“Siti Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

“Tahap oksigen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,”

– Nana Mohd Rom

Siti Sarah dan keluarga menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumah disahkan positif pandemik pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, Siti Sarah dan keluarga hanya menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Pasangan dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Siti Sarah Masuk Hospital, Tahap Oksigen Menurun

Pelawak Shuib berkongsi keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, semalam akibat tahap oksigen menurun.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,”

– Shuib

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka.

“Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,”

– Shuib

DIfahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tular Video Mirip Pelawak Popular Kantoi Tengah Berurusan Jual Beli ‘Barang’ Hanya Gimik?

Ulasan Filem HUTANG 2D, Fakta Menarik Tentang Filem Pertama Kumpulan Floor 88