in , ,

Siti Sarah, Shuib & Tiga Anak Positif Covid-19

Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19. Sama-sama kita doakan semoga keluarga beliau cepat sembuh.

Siti Sarah dan suaminya, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata disahkan positif COVID-19, semalam.

Berita duka itu dimaklumkan penyanyi lagu Semakin itu menerusi laman Instagram (IG), tengah hari ini. Beliau menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka dan berlapang dada. Menurut Siti Sarah, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan mahu kekal positif. 

Siti Sarah dan keluarganya menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti pandemik berkenaan pada Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif COVID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.

“Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,”

– Siti Sarah
Siti Sarah, Shuib &Amp; Tiga Anak Positif Covid-19

Siti Sarah yang kini hamil tujuh bulan tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap bayi dalam kandungannya.

“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

“Doakan kami segera sembuh,”

– Siti Sarah

Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

– Siti Sarah

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizz Fairuz | 23

Macam Tak Percaya, Akhirnya Terbongkar Siapa ‘Datuk Seri’ Yang Didakwa Menipu Fizz Fairuz

Gadgetmodel Hiasan | 24

Tajuddin Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Pelitup Muka