in

Siti Nurhaliza, Faizal Tahir & Melly Goeslaw Naikkan Rating AF 2013?

Pada jam 3 petang semalam telah berlangsung Majlis Pengumuman Barisan Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 2013 di Actors Studio Lot 10, Bukit Bintaing, Kuala Lumpur. Di majlis ini, Astro telah mengumumkan tiga nama besar dalam industri hiburan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir sebagai teraju Akademi Fantasia 2013 dan mereka juga diberi tugas sebagai tenaga pengajar musim ini. Budiey nak ucapkan tahniah buat kesemua yang telah dilantik. Jalankan tugas dengan sebaik mungkin, orait. Semoga sukses!

AF2013

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu.

“Kali ini AF 2013 tiada pengetua sebaliknya tiga selebriti iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir dipilih bagi memberi inspirasi dan secara tidak langsung menggantikan fungsi pengetua. Kita mahukan perubahan pada AF kali ini supaya menjadi lebih segar dan relevan. Malah kita juga yakin ketiga-tiga selebriti ini mampu memberi sesuatu yang berbeza.”

Khairul berkata, ketiga-tiga pengajar utama ini akan memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman serta mencurahkan inspirasi kepada pelajar. Sementara itu, Khairul turut tidak menolak pemilihan selebriti terkenal ini adalah sebagai strategi dalam mengembalikan semula keyakinan dan minat penonton kepada program yang pernah menjadi fenomena itu.

“Kita tidak menolak salah satu sebab adalah untuk menaikkan rating rancangan ini, namun lebih penting ketiga-tiga selebriti ini adalah yang terbaik.”

Sementara itu, selain ketiga-tiga selebriti itu, tenaga pengajar lain yang akan terlibat ialah Fizz Fairuz, Alam Wakaka, Shafizawati Sharif dan Suhaili. Dalam pada itu bintang dari Indonesia iaitu Melly Goeslow berkata, program ini memberi peluang kepadanya untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kepada pelajar-pelajar pada AF 2013.

“Apa yang penting adalah melahirkan seseorang yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang penyanyi dan tidak meniru mana-mana artis yang sudah ada.”

Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.

Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

AF2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert Metallica Live In Malaysia

Kopiko Lancar Kopi L.A. Coffee Rendah Asid Baru