in , ,

Siti Nurhaliza Doakan Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin mendoakan pembedahan tulang belakang yang akan dijalankan ke atas vokalis kumpulan Slam, Zamani pada November ini, dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Siti Nurhaliza Doakan Zamani Selamat Jalani Pembedahan

Dato’ Seri Siti Nurhaliza berkata, sebagai rakan artis, sudah pasti beliau dan semua mengharapkan Zamani diberi kesembuhan dan dapat kembali beraksi seperti dahulu.

“Sebagai rakan artis, saya ucapkan dan doakan, bersama-sama semua orang pun doakan supaya (pembedahan) dipermudahkan dan beliau diberi kesembuhan segera dan dapat kembali beraksi menyanyi,”

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Tokti ditemui pada sidang media ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, hari ini.

Zamani, 51, yang menderita skoliosis sejak 2015 itu dijangka menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang melengkung pada November ini.

Sementara itu, Siti Nurhaliza yang bakal mengadakan persembahan eksklusif di Persada Johor pada 18 dan 19 November ini berharap, penganjuran majlis itu berjalan lancar walaupun ada ura-ura akan berlangsung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kita membuat perancangan atas apa yang dibincangkan dan jika ada pertukaran yang tidak dijangka seperti PRU dan banjir, itu di luar bidang kuasa kita.

“Tetapi, saya percaya, Persada juga sudah ada pelan B, cuma kita harap perkara-perkara itu tidak mengganggu atau terkena betul-betul pada tarikh persembahan itu nanti,”

– Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Beliau berkata, penganjur juga sudah mempunyai perancangan lain sekiranya berlaku bencana tidak diduga seperti banjir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SUKAN

Acara Larian Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 di IOI City Mall

Jom Ke Festival Indie Asia Tenggara TAPAUfest 2022 di Lenggong!