in ,

Siti Nurhaliza Berlakon Watak Azizah Dalam Teater Remy… P Ramlee

Siti Nurhaliza berlakon teater! Wah! Saya kira berita ini akan mengembirakan peminat Datuk Siti Nurhaliza. Terutama Mazen dan Khairill. Korang mesti teruja kan? Saya pun sikit teruja. Rasanya tiket teater Remy… Kisah P Ramlee ini mesti laku giler macam pisang panas. Macamana Datin Seri Tiara Jacquelina pujuk Siti Nurhaliza berlakon teater muzikal tu? Siap Siti boleh tergerak hati nak pergi sesi ujibakat semata-mata mahu berlakon teater. Berapakah bayaran yang akan dibayar pada Siti nanti.?Agak-agak saya ada dekat RM50,0000? Tapi apa-apa pun, respek juga dengan Siti sebab dia meletakkan syarat iaitu dia tidak mahu sebarang adegan bersentuhan atau physical contact.

Mmm… yang menjadi tanda tanya selama ini, Siti Nurhaliza ni memang liat dan payah sangat nak berlakon dalam filem apatah lagi di teater. Dulu pernah ada pengarah menawarkan upah berlakon dalam RM1 juta tetapi Siti Nurhaliza tak mahu. Kalau setakat berlakon video klip dan iklan tu memang banyak lah dia buat. Tapi untuk filem dan teater memang susah. Kalau nak dibandingkan dengan filem, teater adalah cabang seni lakonan yang paling sukar untuk disempurnakan. Nak kena hafal skrip, beraksi dan menyanyi secara live… oh itu bukan kerja senang you alls. Setakat menyanyi memang biasa tapi mampukah Siti Nurhaliza menunjukkan mutu lakonan yang baik dan berkesan?

Sepanjang 12 tahun bergelar penyanyi, akhirnya Siti Nurhaliza melakukan anjakan dan memasuki gerbang episod baru dalam karier seninya. Satu ‘P’ – Pelakon diberikan padanya. Mungkin satu hari nanti mana tahu, Siti nak menjadi pengarah pula.

Teater Remy… Kisah P Ramlee lakonan diva nombor satu Malaysia ini akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 September hingga 3 November 2007. Sidang media teater kedua Datin Tiara ini diadakan di restoran terbarunya, Borneo Rainforest Cafe di Sunway. Watak Saloma yang diperkatakan milik Siti Nurhaliza sebenarnya diberikan pada Liza Hanim kerana Siti diberi watak Azizah, manakala Sean Ghazi pula berlakon sebagai P Ramlee. Isunya, akan tenggelamkan nanti watak utama Saloma dari Liza Hanim dengan limelight penuh glamour dari Siti? Turut menjayakan teater muzikal ini ialah Melissa Saila (watak Junaidah, isteri pertama P.Ramlee), Chedd Yusuf (Sukardi, rakan baik P.Ramlee) dan kumpulan Infinatez (paparazzi) manakala watak Noorizan yang merupakan isteri kedua Seniman Agung itu masih belum diisi oleh mana-mana pelakon. Teater Remy… Kisah P Ramlee menjadi teater muzikal kedua Enfiniti Productions setelah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM). Yang penting, dengan mempertaruhkan nama besar dalam dunia seni muzik, menjadikan teater ini akan lebih gah dan akan menarik ramai penonton memenuhi Istana Budaya. Dan mungkin akan diangkat pentas ke Singapura pula nanti?

[tags]siti nurhaliza berlakon teater, siti nurhaliza join teater, Borneo Rainforest Cafe, siti berlakon filem, siti berlakon teater, lakonan siti nurhaliza, gambar siti nurhaliza berlakon, teater remy… kisah p ramlee, filem p ramlee, biodata p ramlee, biodata perdana menteri, liza hanim, teater muzikal, gambar liza hanim, sean ghazi teater, istana budaya, singapore, Chedd Yusoff, Borneo Rainforest Cafe, tenaga pengajar akademi fantasia, infinatez, siti nurhaliza berlakon teater, paparazzi, hollywood, teater muzikal p ramlee, sinopsis teater p ramlee remy, melissa saila, Borneo Rainforest Cafe, pj holding, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza dipukul datuk k, petua siti nurhaliza maintain body, tips kurus badan[/tags]

siti nurhaliza dan datuk k

Siti Nurhaliza ketika perasmian restoran milik Datin Tiara Jacquelina, Borneo Rainforest Cafe pada Jumaat yang lalu.

Agak-agaknya macamana rupa Siti Nurhaliza bila diberi watak Azizah?

siti nurhaliza

Macam ni ke?

siti nurhaliza

Atau gini? Erk! Sesuai ke?

atau yang ni gambar masa konsert cinta p ramlee dan saloma

siti nurhaliza gambar

Budiey suka pakaian dia cam ni… hehehe… Sukanya Siti boleh bawa watak Azizah… lirik lagu Azizah karya Allahyarham P Ramlee pun seakan kena dengan Siti.

Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira

Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah

Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah

Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga
( ulang sekali lagi )

Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah

Good luck to Siti Nurhaliza… dan selamat berlatih ya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Emma Watson’s Naked Ambition, Harry Potter Star Wants to Get Naked?

Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta