in , ,

Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta

Tahniah Filem Mukhsin! Budiey nak bagi sekalung tahniah kepada pengarah prolifik, Yasmin Ahmad kerana filem Mukhsin arahannya telah memenangi pingat perak di Netpac Festival Di Jogjayarta, semalam.

Walaupun tidak berjaya menandingi filem dari Iran, Crossing The Dust yang merangkul pingat emas, namun saya kira berada di kedudukan yang kedua sudah memadai memandangkan filem yang bertanding tidak kurang hebatnya.

Ironinya, dua filem tempatan turut bertanding tetapi tidak berjaya menggamit perhatian juri. dan gagal merangkul sebarang hadiah. Kesian. Menurut Yasmin, kemenanngan ini membuktikan bahawa filem Malaysia sudah setanding dengan filem luar negara dan mencapai standard atau piawaian yang ditetapkan.

Yasmin Ahmad

Sebelum ini filem Mukhsin telah berjaya memenangi Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Generasi Baru dan tempat kedua bagi Anugerah Juri Kanak-Kanak di Festival Filem Antaerabangsa Berlin ke 57 pada 17 Februari lalu.

Apakah ini petanda yang baik untuk filem Mukhsin akan menang sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 20 di USM pada Sabtu ini? Apa kata anda? Siapa yang akan menang?

Mukhsin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Hamil 2020 | 17

Siti Nurhaliza Berlakon Watak Azizah Dalam Teater REMY… Kisah P. RAMLEE

Gambar Kekasih Zahid AF2, Nurul atau Tengku Loreta?