in , ,

Merinding Dengar Siti Nurhaliza & Alif Satar Duet Lagu KISAH KU INGINKAN

Pilihan yang tepat untuk memilih sesuatu yang lain di mana tidak pernah lagi mereka berdua bergabung vokal di atas satu pentas. Ramai peminat menyeru dan memberi cadangan agar mereka bikin satu lagu duet. Satu pun cukup lah kan.

Dalam banyak-banyak persembahan selingan sementara menantikan keputusan pemenang BIG STAGE semalam, persembahan Dato’ Seri Siti Nurhaliza berduet bersama Alif Satar adalah yang paling dinantikan.

Seperti yang dijangkakan, gabungan dua penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap ini memberikan ‘jiwa’ dan ‘feel’ yang cukup. Tak terlebih dan tak terkurang menjadikan si pendengar merinding atau dalam bahasa britishnya, goosebumps!

Love love love sangat persembahan yang ni semalam. Vokal Tokti & Aliff cukup ‘blend’ sebati dan kemas!

Rata-rata komen dari pendengar mengatakan lagu ini sesuai dengan vokal Alif Satar yang menggantikan tempat Judika.

Tak ramai yang memuji kebolehan Alif Satar yang cukup serba boleh.

“Alif Satar berbakat sopan, lawak tak aibkan orang humble suara sedap berlakun bagus mengacara mantap he is everything. Nyanyi balada full of soul. Undi dia utk Anugerah Bintang Popular bukan orang yang popular tapi tak berbakat.All the best Alif.”

“Tak leh move on dari malam semalam…such a powerful and harmonize duet performance by datuk Siti and Aliff.”

“Wow ada chemistry antara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan Aliff Satar!!!!. Lepas ni boleh plan untuk buat duet song antara mereka berdua… Kudos for both of you!. God bless!”

Mungkin selepas Anta Permana, Siti boleh cari idea atau material untuk berduet dengan Alif pulak, selain menunaikan janji untuk berduet bersama Syafiq Farhain. Eh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Seram Romantis – LANGSUIR Cecah Kutipan RM1 Juta

RTM Kembalikan Kegemilangan Pop Yeh Yeh di TV1