in

RTM Kembalikan Kegemilangan Pop Yeh Yeh di TV1 

Mengimbau nostalgia zaman kegemilangan pop yeh yeh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton bersantai hujung minggu ini, 30 September 2018, pukul 9.00 malam di TV1menyaksikan slot Dimensi Legendayang mengangkat tema ‘Buloh Inn’.

Menerusi program diterbitkan Unit Hiburan TV RTM ini, penonton dihadiahkan kemunculan antara penyanyi popular zaman 1960-an menyanyikan lagu-lagu yang terus menjadi evergreen sehingga kini. Ia kekal segar dan diminati ramai tidak kira peringkat usia.

persembahan S.Mariam

Dengan menjelmakan semula set termasuklah dari segi pemilihan pakaian, kaca mata hitam, Vespa dan muzik pop yeh yeh, RTM cuba mengembalikan semula kenangan dan nostalgia lagu yang pernah mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan genre itu kepada generasi masa kini, pemilihan artis membuat persembahan J. Sham, Datuk Jeffry Din, dan S. Mariam, pastinya mengubat rindu peminat. Dua artis undangan tak kurang hebatnya bakal turut mengambil tempat menghiburkan penonton iaitu A.Rozainie dan Aiman Tino.

persembahan mantap J Sham

Dijayakan rakaman 18 Julai lalu, bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, persembahan satu jam setengah ini menjanjikan lagu-lagu terbaik yang pernah mempopularkan mereka sejak dahulu hingga kini.

Lagu-lagu tersebut termasuklah ‘Sinar Bahagia’, ‘Resam Dunia’ dan ‘Suratku Untukmu’ yang mengangkat nama J. Sham dalam industri muzik. Datuk Jeffry Din pula bakal menghiburkan dengan seleksi lagu ‘Seruling Anak Gembala’, ‘Siti Haida’, dan ‘Kenanganku’. 

Pasti mengubat rindu kemunculan penyanyi S. Mariam dengan lagu yang sememangnya diingati ramai bertajuk ‘Hasrat Hati’, ‘Hilang Kasih’, dan ‘Bertemasya’.

persembahan Datuk Jeffrey Din

Kemunculan Aiman Tino bakal menggamit nostalgia mengisi segmen Memori Untukmu dengan lagu ‘Suzana’, dan penyanyi A.Rozainie menyampaikan lagu ‘Hidup Bersama’. Saksikan kemuncaknya persembahan lagu ‘La Obe’ yang menghimpunkan kesemua artis yang terlibat menjayakan konsert ini.

kesemua artis yang terlibat dalam tema Buloh Inn

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR 2020

Merinding Dengar Siti Nurhaliza & Alif Satar Duet Lagu KISAH KU INGINKAN

Celcom & Google Kumpul 250 Siswa Bagi Latihan Pemasaran Digital