in , ,

Siti Nordiana Tak Sangka Menang Top Top MeleTOP Wanita AME 2019

Penyanyi Siti Nordiana mengakui terkejut apabila dirinya berjaya meraih trofi Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung malam tadi.

Bagaimanapun, selebriti yang mesra disapa dengan nama panggilan Nana ini bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi.

Siti Nordiana AME 2019

“Sejujurnya, untuk membawa pulang trofi Hos MeleTOP, saya tak sangka langsung. Saya bersaing dengan hos yang berbakat besar serta berkaliber manakala saya pula masih lagi belajar.

“Namun begitu, saya anggap kemenangan di AME2019 ini sebagai kejayaan untuk peminat yang tak henti menyokong dan mengundi.

Alhamdulillah, usaha mereka tidak sia-sia dan ini menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras,”

– Siti Nordiana
Siti Nordiana AME 2019

AME2019 turut menyaksikan Nana meraih trofi utama Top Top MeleTOP Wanita bersama Khai Bahar yang mmembawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP Lelaki.

“Saya juga terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Wanita. Sejujurnya, saya terharu kerana artis senior seperti saya boleh memenangi trofi utama ini disebalik kebanjiran banyak bakat baru yang menyerlah.

“Ramai lagi artis muda di luar sana yang mempunyai ribuan peminat dan aktif di media sosial. Ini menjadi bukti peminat saya masih sayangkan saya dan saya anggap ini sebagai rezeki dalam industri seni,”

– Siti Nordiana
Khai Bahar & Siti Nordiana di AME 2019

AME2019 dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Musa itu telah berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Siti Nordiana AME 2019
Sumber: Portal Gempak. Sumber Gambar: Instagram Siti Nordiana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTop Era 2019 #ame2019

Syafiq Kyle Berjaya Julang Tiga Trofi di Anugerah MeleTop Era 2019