in , ,

Sinopsis Filem SHREK THE THIRD

Semalam, rasanya ada antara peminat filem animasi arahan Chris Miller yang telah pun menyerang pawagam tanahair. Filem animasi yang menggunakan suara Cameron Diaz ini pernah memenangi Animasi Terbaik dalam Anugerah Academy pada 2002.

Bukan setakat itu, apa yang istimewanya, filem Shrek menggunakan pelakon terkenal seperti Mike Myers, Eddie Murphy, Antonio Banderas, Julie Andrews, Justine Timeberlake, John Cleese dan ramai lagi. Dengan sudut visual yang begitu mengkagumkan dan jauh lebih baik dari Shrek 1 & 2, saya menjangkakan filem ini akan meletop kutipan tertinggi sebagaimana yang telah terlakar sebelum ini.

524013328 Bd599098E4 O | 4

Sinopsis Filem Shrek 3:
Shrek The Third mengisahkan Shrek yang terpaksa mengambil alih tempat bapa mentuanya King Harold yang meninggal dunia tetapi dia menolak. Kata Shrek, itu adalah perkara terakhir akan dilakukan dalam hidupnya kata. Dia berusaha mencari sepupu Fiona bernama Artie untuk menggantikan tempatnya. Pelbagai dugaan yang menimpa mereka sebelum Artie menduduki takhta apabila Prince Charming membawa rakan-rakannya untuk membalas dendam sekali gus mahu merampas negeri Far Far Away.

Di dalam siri kali ini, Fiona mengandung tetapi Shrek tidak boleh menerima kenyataan. Bagaimanapun, selepas melihat rakannya Donkey yang gembira dengan anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan naga dia bersedia menerima kehadiran anak. Selepas Artie memerintah, Shrek dan Fiona kembali ke pondok Shrek di dalam hutan dan mereka melalui hidup yang penuh gembira di samping anak-anak.

Berjayakah Shrek menyelesaikan konflik yang membelenggu dirinya kali ini?

Malam ini, saya akan menonton filem Shrek 3 di acara anjuran Aizoners, Movie Day Out Bersama Aizat AF5 yang akan diadakan di TGV, Suria KLCC.

Kepada pembaca yang turut serta, kita jumpa di sana ya! Apa yang saya harapkan, komedi dalam filem dapat menghiburkan saya selain bertemu Aizat dan selebriti lain seperti Siti Nurhaliza yang mungkin akan hadir. Itu saja.

Rekod kutipan Filem Shrek
Shrek 1 – AS$479 juta di seluruh dunia
Shrek 2 – AS$920 juta seluruh dunia.
Jualan DVD – AS$50 juta.

Jarang saya tengok filem animasi yang wataknya akan mengandung dan melahirkan anak. Dalam Shrek 3, isteri Shrek, Fiona akan hamil dan melahirkan anak. Mmm… menarik jugak ni. Hehehe…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ferhad | 18

Gambar Menarik Sekitar Showcase Sunday Nite Live Ferhad di Planet Hollywood

Fesyen Travel Trending | 19

Kejutan SO YOU THINK YOU CAN DANCE