in , ,

Gambar Menarik Sekitar Showcase Sunday Nite Live Ferhad di Planet Hollywood

Hah Ferhad mau perform kat Planet Hollywood? Aisey, lama dah tak tengok penyanyi Kasih Berubah ni kan?

Bila dengar je penyanyi R&B dan soul ini mahu perform di Planet Hollywood, saya teruja jugak sebab lama giler saya tak tengok dia perform. Seperti mana kawan-kawan lain yang katanya teruja mahu ke sana tetapi ‘tup-tup’ takde nampak batang hidung pun. Ada juga yang rancang dua tiga minggu sebelum tu tapi tak jadi. Apalah nasib you, Ferhad! Tak ramai nak datang show awak… kesian tul! Nasib baik awak baik sebab ada bini cantik!

Saya pun hairan, memang pelik sangat. Apabila menyaksikan persembahan Ferhad pada 27 Mei (Ahad) yang lepas, saya dapat merumuskan sesuatu… tidak semestinya vokal anda diiktiraf antara yang terbaik dan bisa menghiburkan penonton dengan lawak spontan… anda akan menarik ramai peminat datang membeli tiket & menonton show anda. Kiranya, jauh lebih baik, jauh lebih profesional dan ada world class dari performance Mawi yang pandai buat silap mata tu… (beraninya saya buat statement maut ni kan? Peminat Mawi mesti melenting nih.)

Tapi orang Malaysia kita seperti tidak tahu membezakan yang mana TERBAIK dan yang ada CLASS! Selera dan citarasa orang kita memang pelik sikit. Itu memang tak menghairankan saya. Hanya Siti Nurhaliza yang saya perhatikan boleh bertahan sampai sekarang dari segi mencipta kelompok peminat. Mana-mana Siti Nurhaliza pergi, tetap ramai lagi nak tengok meskipun Siti dah kawin.

Yang peliknya, bila Siti Nurhaliza dah kawin, lagi banyak benda dan rahsia yang nak dikorek… soal bila nak ada anak la, isu pergolakan rumah tanggalah sampai Siti pergi umrah pun orang masih nak dengar bagaimana ceritanya… okaylah stop citer pasal Siti… kita citer sikit pasal Ferhad lak.

Terbukti di Showcase Sunday Nite Live FERHAD Planet Hollywood, berapa ramai sangat peminat yang datang. Tak sampai 50 orang ke? Ntah lah! Tapi memang sikit sangat. Oooo… kena faham la juga, walaupun dah lama jadi penyanyi, Ferhad macam dah tak banyak muncul di pentas-pentas.

Kalau ada pun nama Ferhad sudah sinonim di Hitz.tv saluran astro. Tapi dalam masa beberapa bulan lagi, Ferhad akan melancarkan album terbarunya… mmm… yea! Ferhad dah kembali!

Apa-apa pun saya terhibur dengan performance Ferhad malam tu. Pandai mengambil hati penonton dengan lawak jenaka spontan, rangkaian lagu-lagu yang memang hebat dan gerak ceria dan seksi sambil ‘angkat kaki sebelah’ Ferhad di pentas memang havoc!

Terutama sekali mesti ramai terkejut sebab kalau di luar Ferhad dikatakan pendiam orangnya. Tapi tengoklah macamana dia berkomunikasi dengan peminat… memang tak henti-henti bercakap. Gaya-gaya nakal Ferhad berseloroh mencuit hati penonton sampai sakit perut ni ketawa.

Foto-foto ini mungkin tidak mengambarkan apa yang saya katakan….

519749859 B72E178Abe O | 4
519719608 019Ff07Ed3 O | 5
519747723 8A3B650F80 O | 6
519712232 489B2534D0 O | 7
519752759 8032683570 O | 8
519710414 A9A8893076 O | 9
519744883 4126F927F0 O | 10
519723214 B7040B5F74 O | 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Showcase & Pelancaran Album Terbaru Peterpan HARI YANG CERAH

Sinopsis Shrek The Third