in , ,

Laman Sesawang Buat Peminat Drama EMIL EMILDA, Siap Boleh Baca Skrip & Jalan Cerita

Nampaknya, satu Malaysia dah jadi ‘gila’ dengan drama Emil Emilda di slot Samarinda di TV3. Agak-agak korang, mengapa drama ini begitu diminati.

Adakah kerana jalan ceritanya? Atau kerana pelakonnya? Atau sebab anda ini peminat Sharifah Amani atau Aaron Aziz? Atau kerana kelainan montaj nya? Kerana kesederhanaan sinematografi atau kerana lokasi pengambarannnya terutama penthouse Emilda di LOFT itu?

Kerana lagu-lagu tema drama ini; lagu Dayang Nurfaizah – Inginku Miliki atau lagu Jaclyn Victor – Cinta Tiada Akhirnya? Saya rasa semua yang saya sebut ni, memang X-factor yang menarik ramai peminat menanti setia depan TV setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Kepada peminat siri drama arahan Sharulezad Mohameddin ini, saya mahu mengajak anda untuk melayari laman website ini. Terdapat ruang forum untuk peminat drama ini berdiskusi. Isma Yusoof, pelakon watak Mac pun tidak ketinggalan membalas pertanyaan peminatnya. Glamour dah Isma sekarang ni nampaknya.

Watak selamba yang ‘ala-ala’ dipegang oleh Isma memang punya impak besar dalam karier beliau sebagai pelakon. Anda juga boleh memuaturun poster eksklusif di laman tersebut. Bukan itu sahaja. Segala kandungan nampak fresh. Terutama sekali kepada anda yang ingin membaca skrip drama ini.

Jarang sekali saya lihat produksi drama memberikan skrip untuk dibaca oleh peminat. Memang seronok membaca skrip sebenarnya. Ramai yang ingin mengetahui kisah selanjutnya dan ramai juga yang bertanyakan kepada saya tentang ending drama Emil Emilda ini. Manalah saya tau… hahahaha.

Layan je la sampai habis. Samada sad ending atau happy ending, semua tu saya kira satu kejutan akan menanti anda. Belum pun drama ini tamat, sudah ada peminat yang menyarankan kepada pengarah drama ini supaya Emil Emilda musim ke-2 dibuat. Camna tu?

Saya sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dengan drama ini. Anda semua memang happening!

Antara dialog skrip yang saya suka baca masa Emil dan Emilda bertengkar…

EMILDA: Pergi jahanam dengan kerja awak tu!! Awak dengar sini Emil!! Jangan fikir awak boleh tipu saya!! Kalau Nisa bolehlah awak tipu! Tapi bukan saya!!! Saya tak termakan dengan semua tipu helah awak tu!! Dasar lelaki buaya!!

Emil tersentap mendengar nama Nisa disebut. Dia tak pedulik terus memegang bahu Emilda.

EMIL: Mana awak tahu pasal Nisa ni!!? Emilda menepis tangan Emil kasar.

EMILDA: Mana saya tahu tu bukan persoalannya… Soalnya sekarang awak jangan main mainkan perasaan saya lagi!! Saya tak suka awak faham tak!!?

Emil semakin tercabar egonya. Sikapnya yang sacarstic dan bermulut celupar semakin menjadi.

EMIL: Main mainkan perasaan kau!!? Hei perempuan!! bila masa aku main mainkan perasaan kau!!! Aku cuma jalankan tugas aku sama macam dalam kontrak tu!!! Yang kau nak perasan lebih lebih ni apahal!! Kau ingat aku hadap sangat ker perempuan macam kau ni!!

Meanwhile Sunarti terperanjat lagi bila mendengar perkataan kontrak itu disebut.

Anda pula suka part yang mana pulak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem HARU BIRU Lakonan Que Haidar & Dynas Mokhtar

Gambar Ina Naim dan Suhaimi di Majlis Pertunangan