in

Pelakon Drama Arash Muhamad Bertunang

Arash Muhamad bertunang? Pelakon drama berusia 37 tahun yang sentiasa muncul di drama-drama Melayu di TV3 ini dikhabarkan bertunang dengan seorang gadis dari Johor. Berita ini turut saya dengar dari mulut pengacara AC Di Sini, AC Mizal semalam. Entah betul entah tidak saya pun kurang pasti. Namun yang pasti, melalui seorang kawan kepada Arash, dramatis yang pernah menjadi finalis kategori Pelakon TV Lelaki Popular itu memang mengaku yang dia dah pun bertunang tetapi tidak mahu mengulas lebih lanjut. Ini kerana Arash Muhammad telah pun berjanji dengan familinya untuk merahsiakan segala kisah peribadi seperti cerita Arash bertunang ini. Gambar Arash bertunang pun masih tidak disebarkan di internet. Juga gambar tunang Arash pun masih menjadi teka teki. Begitulah cerita artis kita, memang payah nak heboh-heboh pasal pertunangan mereka. Media pun tak dijemput. Ye lah, bertunang ni tak tentu berakhir dengan perkahwinan. Jadi, mereka takut kalau tak jadi kahwin, malu lah kan. Kalau dah berkahwin tu lain lah cerita. Mesti buat gempak dan grand punya. Panggil artis dan media sini sana. Berita tentang pertunangan ini baik dikongsi bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Seperti yang dibuat oleh Zul Yahya yang sudah bertunang baru-baru ini.

Kalau benar Arash Muhammad pelakon yang bercimpung 15 tahun dalam lakonan ini dah bertunang, Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah. Semoga hubungan cinta yang terpatri antara kalian berdua kekal sehingga dinaik taraf menjadi suami isteri.

Lakonan Arash Muhamad bersama Ifa Raziah dan Sharifah Shahriza (Eja) dalam drama Seputeh Qaseh Ramadan tahun lepas pernah memberikan impak maksima dalam arena seni lakonannya. Untuk Drama Seputeh Qaseh Ramadan 2 bulan Ramadan ini bagaimana pula? Kepada mana-mana blogger yang ingin menceduk artikel di blog ini ke blog anda, sila berikan kredit dan link back ke Budiey.com. Terima kasih banyak. Peace!

[tags]Arash Muhammad, gambar arash muhammad, arash muhammad bertunang, arash mohammed, arash muhamed, foto tunang arash muhamad, drama arash muhammad, gambar tunang arash, pelakon drama bertunang, drama tv3, samarinda, sinopsis drama kerana saerah, ac di sini, gambar ac mizal, zul yahya bertunang, gambar zul yahya bertunang, skandal arash, kontroversi cinta arash, skandal artis melayu, berita artis bertunang, hariam metro, berita harian, seks artis, sabul, cinta seks, utusan malaysia online, gambar seksi ifa raziah, gambar eja, news portal astro, news portal media prima, majalah tiga, stars sport, kosmetik, hantaran pertunangan, lagu tunang, cari gambar arash, drama seputeh qaseh ramadan, waktu berbuka puasa, senarai hotel buffet ramadan 2007, sms waktu berbuka puasa[/tags]

Gambar Arash Muhamad

kredit foto: Berita Harian

Gambar Arash Abp

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Hamil | 20

Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah Lakonan Umie Aida