in , , , , ,

Gambar Sekitar Showcase Special Marcell di Planet Hollywood

Budiey baru sahaja pulang dari menyaksikan persembahan Marcell di Planet Hollywood. Satu persembahan yang menghiburkan dengan hidangan dari rangkaian lagu-lagu popular dan diselang-selikan dengan celoteh lawak jenaka dari Marcell.

Pandai betul Marcell bergurau dan berseloroh untuk mengambil perhatian dan menambat hati peminat. Siap dapat berpeluk-pelukan bersama peminat. Mesti lah peminat perempuan suka, kan? Budiey perhatikan Marcell sangat mesra dengan peminat dan sudah tentu yang datang terpesona dengan layanan istimewa dari Marcell.

Puas hati atau tidak saya kurang pasti. Tetapi pada saya memang tidak puas dengan showcase sebentar tadi. Rasa sekejap sangat. Atau saya yang tak rasa waktu begitu cepat berlalu. Sebanyak 10 buah lagu didendangkan di Showcase Semusim Bersama Marcell Istimewa pada malam tadi.

Marcell khabarnya diterbangkan khas untuk menjayakan showcase tanpa henti selama 1 jam 20 minit ini dengan ditaja khas dari Suria FM, Media Hiburan dan Craz eAusa. Saya kira hadirin yang datang sudah tentu merupakan peminat fanatik penyanyi R&B dan soul ini.

Mana tidaknya, dengan bayaran RM50 (berdiri) dan RM70 (tempat duduk terhad) mereka cuma didendangkan dengan 10 buah lagu, namun sudah cukup mengubat rindu di kalangan peminat Marcell dari Malaysia.

Gambar Dayang Nurfaizah Marcell

Antara lagu yang dibawa oleh Marcell ialah Pertama Kali, Jelita, Denganmu, Ketika Kau Menyapa, Jangan Pernah Berubah, Hanya Memuji (berduet bersama Dayang Nurfaizah), Antara Anyer dan Jakarta (berduet bersama Dayang Nurfaizah), Mendendam (berduet bersama Anuar Zain), Semusim dan Firasat. Diiringi oleh pemuzik handalan dari Malaysia dan Indonesia di bawah pimpinan Sham Kamikaze selaku gitaris, Nai Kong bermain keyboard, Man bermain bass dan pukulan dram pula dari Yuri.

Lewat lagu pertama lagi, Marcell menyuruh hadirin semua bangun berdiri. Begitu sporting sekali hadirin semuanya bangun dan menari mengikut rentak lagu. Lagu kedua, Jelita… memangnya ditujukan khas untuk perempuan-perempuan yang memang ramai sekali malam itu.

Kata Marcell, dia sangat nervous, berdebar-debar sekali melihat ruang Planet Hollywood dipenuhi dengan wanita cantik dari Malaysia. Lagu ke-4, Ketika Kau Menyapa adalah antara lagu ost soundtrack dari filem Andai Ia Tahu begitu buat peminat tak senang duduk. Rentak R&B memang menjadi genre yang amat saya gilai ditambah lagi dengan suara Marcell yang begitu unik dan lantang. Kebanyakan lagu pada malam tadi dinyanyikan bersama peminat yang sudah sedia masak dengan lagu Marcell.

Penyanyi yang berjanggut ini mengatakan dia begitu bahagia sekali kerana dapat bertemu dengan semua peminat dari Malaysia. Saat Marcell menjemput Dayang Nurfaizah untuk berduet dalam lagu Hanya Memuji dan Antara Anyer dan Jakarta, suasana bertambah gamat dengan tepukan. Lagu Hanya Memuji antara lagu yang menjadikan Marcell dikenali di Malaysia ini dibawa dengan serasi sekali oleh Dayang.

Marcell ni nampak mesra dan intim dengan Dayang, siap boleh pegang tangan dan berkata…”kami pegang-pegang tangan ni ngak ada apa-apa ya.” Budiey begitu menggemari lagu Antara Anyer Dan Jakarta versi R&B hasil duet Dayang dan Marcell sebab jarang dengan lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi lain selain Sheila Majid.

Seterusnya lagu Semusim… memang gegak gempita juga jadinya kerana lagu ini memang ngetop sekali, keren banget lagu ni kan? Persembahan Marcell pada malam tadi ditutup dengan lagu Firasat, sebuah lagu yang asyik dan mendayu yang penuh dengan firasat.

Antara selebriti yang turut datang ialah Lah VE, Zahida Rafik, pembaca berita, Sharifah Shawati, Aizat AF, Nija AF dan ramai lagi lah.

Pada 2 September nanti ada showcase Juara Ikon Malaysia kategori solo iaitu Jaclyn Victor pada jam 10 malam. Manakala pada 25 Ogos ini Juara AF5, Mila & Frens akan menghiburkan peminatnya pada jam 3 petang.

Ada pembaca yang Planet Hollywood malam tadi? Apa pendapat anda?

Gambar Anuar Zain
Gambar Marcell
Gambar Marcell
Gambar Marcell
Marell Indonesia
Gambar Pemuzik
Gambar Dayang Marcell
Marcell
Planet Hollywood
Gambar Marcell
Gambar Marcell Dayang
Foto Marcell
Foto Marcell
Photo Marcell
Gambar Marcell
Lah Ve
Zahida Rafik Makan
Anuar Hug Marceell
Anuar Hug Marcell

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Kerana Cintaku Saerah Lakonan Umie Aida

Gadgetmodel Hiasan | 21

Album Kata Hati dari Rebecca Soejati Reijman Kini Mendarat di Malaysia