in , ,

Fakta Menarik Tentang Drama Bersiri GERAK KHAS UNDERCOVER di TV3

Saksikan Gandingan Duo Ayah Dan Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Syafiq Yusof dalam Drama Bersiri GERAK KHAS UNDERCOVER di TV3!

Di atas permintaan ramai, Gerak Khas kini kembali dengan wajah baharu dengan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini & relevan! Selain mengekalkan watak popular lakonan Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Dato’ AC Mizal, nantikan juga penampilan Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Dato’ Rosyam Nor dan Khalida Balqis dalam Gerak Khas Undercover yang mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati  dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.  

Antara hidup dan mati! Begitulah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota undercover dalam melaksanakan amanat yang diberikan. Gerak Khas Undercover merupakan idea asal daripada Syafiq Yusof manakala Datuk Yusof Haslam bertindak sebagai penasihat produksi untuk drama bersiri hebat ini. Selain itu, Syafiq Yusof juga merupakan pengarah bersama dengan C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin, M.S Hakim untuk drama bersiri hebat ini. 

GERAK KHAS UNDERCOVER

Gerak Khas Undercover bakal bersiaranselama 30 episod di TV3 bermula pada 1 Oktober 2021, setiap hari Jumaat, pukul 10.30 malam serta turut disiarkan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

Drama bersiri ini memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 

Sebagai tarikan dalam awal penceritaan siri drama ini, Gerak Khas Undercover menampilkan Dato’ Rosyam Nor sebagai ketua gengster, Tony Bono yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam. Tony Bono menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.  

GERAK KHAS UNDERCOVER

DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony.

Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim) untuk mempercepatkan penangkapan Tony Bono. Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia (Khalida Balqis) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Selepas itu, apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini?  

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gerak Khas Undercover di TV3, setiap hari Jumaat, 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama ia disiarkan di seluruh Malaysia. Drama bersiri ini akan disertakan dengan sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta boleh ditonton secara percuma pada bila-bila masa melalui laman www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store melalui pautan berikut: http://bit.ly/iQIYI.

GERAK KHAS UNDERCOVER

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda berikutan sambutan hangat yang diterima selepas memulakan penstriman senarai tontonan tempatan. Dengan hasrat untuk menjadi platform destinasi bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman penstrimanyang lancar, para penonton juga berpeluang mengakses koleksi drama dan filem dari Korea, China dan anime-anime yang terkini dan popular.

GERAK KHAS UNDERCOVER

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Asal Semua ‘Tag’ Kita ‘Player’ 067 & 212, Apakah Itu?” – Sharifah Sakinah

TRAVEL

Realisasi Impian Anda Sebagai Content Creator dengan Kamera Serba Boleh Galaxy A03s