in , ,

Realisasi Impian Anda Sebagai Content Creator dengan Kamera Serba Boleh Galaxy A03s

Realisasikan Impian Anda Sebagai Seorang ‘Content Creator’ dengan Kamera Serba Boleh dengan telefon bimbit Samsung Galaxy A03s

Kos gear kamera untuk penggambaran dan fotografi boleh menjadi tinggi, mencapai hingga beribu-ribu Ringgit. Tetapi jangan biarkan ia menghalang anda dari mencapai impian anda sebagai seorang content creator.

Sekiranya anda ingin mencipta kandungan yang menyeronokkan tetapi belum bersedia untuk melabur dalam sebuah kamera profesional, maka anda bertuah. Galaxy A03s bukan sahaja didatangi dengan harga berpatutan, tetapi kamera-kamera versatile pada peranti ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini juga. 

Realisasi Impian Anda Sebagai Content Creator dengan Kamera Serba Boleh Galaxy A03s

Sama ada anda mengambil gambar masakan atau OOTD di Instagram, rakam tutorial untuk YouTube atau berkongsi video menari anda bersama rakan-rakan di TikTok, gunakan kamera utama 13MP F2.2 untuk tangkap gambar dan video berkualiti tinggi.

Sekiranya anda ingin mengambil gambar dari jarak dekat (contohnya hiasan kek cawan atau seni kuku) kamera makro 2MP boleh menangkap butiran butiran-butiran subjek anda dengan cukup jelas.

Untuk mengurangkan gangguan di latar belakang atau menonjolkan subjek gambar anda dengan lebih baik, anda boleh mengambil gambar yang ohsem dengan kesan kabur yang boleh disesuaikan dengan kamera kedalaman 2MP F2.4 Galaxy A03s.

Skrin Infinity-V 6.5” yang luas pada peranti ini juga sangat berguna ketika menyunting gambar dan video. Sekiranya anda bimbang anda akan menghabiskan bateri dengan cepat, jangan risau. Didatangkan dengan bateri 5,000mAh yang berkuasa, anda boleh meng-edit kerja anda selama berjam-jam.

Anda juga boleh menambahkan storan sehingga 1TB dengan kad microSD untuk menyimpan lebih banyak foto dan video dengan tanpa perlu risau tentang memadamkan semua kerja keras anda.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan Galaxy A03s dengan harga disyorkan RM559 DI SINI!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Menarik Tentang Drama Bersiri GERAK KHAS UNDERCOVER di TV3

Kitchen Saver Optimis Guna Selebriti, Blogger & Influencer Dalam Memberi Ulasan