in , ,

Sinopsis Drama Bersiri Arahan Ahmad Idham SIAPA RAIME

Jangan lupa tonton drama SIAPA RAIME mulai 13 April ini, setiap Sabtu, pukul 4.00 petang di TV2.

Kisah seorang remaja menghadapi tekanan dalam keluarganya mengalami beberapa peristiwa yang menarik apabila dia memakai sebuah topeng ajaib yang dijumpainya ditonjolkan dalam drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan tajuk “Siapa Raime” mulai 13 April ini, setiap Sabtu, pukul 4.00 petang di TV2.

Sinopsis Drama Bersiri Arahan Ahmad Idham SIAPA RAIME

Sinopsis SIAPA RAIME

Menampilkan lakonan mantap pelakon utama Izwan Fitri, dan Farah Nadiah, 13 episod ini turut mengetengahkan pelakon berpengalaman Datuk Jalaluddin Hassan, dan Abby Nadzri.

Berunsurkan fiksyen, drama bersiri arahan Ahmad Idham ini dimulai dengan latar sebuah topeng yang hanyut di lautan Atlantik. Topeng itu terdampar pada zaman ini dan telah dijumpai oleh Raime. Raime anak tunggal berusia 15 tahun tinggal dengan ibunya setelah mereka bercerai. Ibu sering bertelagah.

Walau bagaimanapun, Raime tetap mendoakan kesejahteraan keluarganya. Namun, pada suatu hari Raime menemui topeng dalam longkang di belakang rumahnya. Dia membawa pulang topeng itu tetapi dia merahsiakan daripada pengetahuan ibunya. Malamnya, Raime memakai topeng itu dan terkejut bila ia melekat kuat pada mukanya. Dia panik.

Raime sekali lagi cuba memakai topeng purba itu dan mengalami keajaiban. Pertama, dia mempunyai satu alat yang boleh menukarkan dirinya kepada beberapa keadaan.

Apabila dia menekan satu butang hijau, dia menjadi halimunan dan ibunya gagal mencarinya dan hanya mendengar suara sahaja. Apabila ditekan butang biru, dia boleh berada di mana-mana lokasi yang dikehendakinya dan apabila menekan butang merah, dia bertukar menjadi orang lain. Hal ini sangat merunsingkan ibunya. Tetapi bagi Raime, ini adalah pengalaman yang amat menakjubkan.

Bermulalah keajaiban yang dialami oleh Raime apabila memakai topeng itu. Raime boleh terus sampai ke sekolahnya dalam sekelip mata, dapat membalas dendam kepada Kimi yang gemar membuli dalam keadaan halimunan membuatkan Kimi ketakutan. 

Satu hari ibunya mengemas bilik dan membuang topeng itu ke dalam tong sampah. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan topeng kesayangannya itu. Pada hari tersebut, Raime berjaya menangkap dua orang budak yang mencuri duit koperasi sekolah dengan memakai topeng itu dan dia menjadi halimunan.

Raime, Mimi, Kimi, Sharul dan beberapa orang pelajar berkhemah di hutan. Beberapa peristiwa tragis berlaku bermula Mimi tergelincir dalam sungai mujur diselamatkan makhluk halimunan. Raime juga bertukar menjadi nenek tua menakutkan Kimi yang dengkikannya. Mereka mengatakan bahawa di situ ada hantu.

Sinopsis Drama Bersiri Arahan Ahmad Idham SIAPA RAIME

Walau bagaimanapun, pada masa perkhemahan inilah Raime berpeluang berkawan rapat dengan Mimi. Setelah perkhemahan tamat, mereka mula ke sekolah.

Apabila melihat Kimi bergaduh, Raime menukar dirinya menjadi Pengetua sekolah dan apabila Pengetua terserempak dengan ‘kembarnya’, beliau pengsan. Raime serba salah.

Raime masih menggunakan topeng ajaib itu untuk bertukar rupa. Raime cemburu melihat Mimi berbual dengan Kimi. Dia menjadi halimunan dan membangkitkan kemarahan Mimi terhadap Kimi.   

Pada suatu hari Raime menjelma menjadi seekor kucing yang comel dan Mimi amat teruja lalu membawa kucing itu ke sekolahnya. Raime sangat gembira dengan penyamaran yang menggunakan topeng ajaib itu dan rahsia ini tiada sesiapapun yang tahu.

Satu hari Raime melawat rumah orang-orang tua dan berjumpa dengan Mek Som yang telah dihalau oleh anaknya sendiri. Raime telah menggunakan topeng ajaibnya untuk mencari anak Mek Som dan menjelma sebagai Mek Som lantas memberi amaran kepada anaknya supaya tidak menjadi anak derhaka.

Konflik bermula bila rahsia Raime yang mempunyai topeng ajaib itu telah diketahui oleh Mimi. Raime memohon agar Mimi tidak memberitahu hal itu kepada orang lain. Pada suatu hari Mimi mencadangkan kepada Raime supaya dia menyamar menjadi makhluk halimunan dan mengambil wang di bank. Raime memarahi Mimi dan menjelaskan bahawa perbuatan itu berdosa.

Pada suatu hari Raime bertukar menjadi makhluk halimunan dan berjaya menangkap pendatang tanpa izin. Tekanan perasaan Raime disebabkan perselisihan keluarganya berterusan apabila ibunya tidak mahu berbaik semula dengan ayahnya.

Pada suatu pagi semasa Raime meminta Mimi menjaga begnya sebentar namun Mimi tidak amanah kerana membuka beg Raime lalu memakai topeng itu. 

Sinopsis Drama Bersiri Arahan Ahmad Idham SIAPA RAIME

Mereka berdua kemudiannya bergabung menyamar untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada sepasang suami isteri yang sombong dan kedekut.

Raime telah menyamar menjadi isteri lelaki yang sombong itu dengan meminta wang untuk berbelanja dan dia berjaya mendapat wang yang banyak. Mimi juga membantu dalam hal tersebut.

Raime membantu menangani kegiatan Mat Rempit. Selain itu Raime juga menghabiskan masanya dengan ayahnya. Mereka bersama-sama berusaha menyatukan semula hubungan ayah dan ibu Raime.

Malangnya satu hari topeng ajaib itu telah dicuri orang ketika Raime dan ayahnya keluar. Pencuri itu menggunakan topeng ajaib itu untuk merompak bank tetapi topeng itu menjadi panas apabila dipakai oleh pencuri tersebut lalu membuangnya. Lalu apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Gerald Hans Isaac Dilantik Jadi Pengerusi FINAS Untuk Tempoh 2 Tahun

Sinopsis Drama KERETA SEWA Lakonan Hairi Safwan & Keith Foo