in ,

Datuk Gerald Hans Isaac Dilantik Jadi Pengerusi FINAS Untuk Tempoh 2 Tahun

Tahniah buat Datuk Hans Isaac yang telah dilantik jadi Pengerusi FINAS. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini mengumumkan pelakon Hans Isaac sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun menggantikan pemangku jawatan itu Samsuni Mohd Nor berkuat kuasa 8 April, demikian umum Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

“Pelantikan Gerald Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

“Beliau menggantikan Samsuni Mohd Nor yang telah menjalankan tugas sebagai pemangku pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu,”

Menurut Gobind, Hans Isaac mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai pelakon, penerbit dan pengarah filem.

Gobind pada masa sama turut menyatakan penghargaan kepada Samsuni atas perkhidmatannya sepanjang memangku jawatan tersebut. 

Beliau juga menyuarakan harapannya agar Hans dapat meningkatkan lagi usaha Finas untuk membangunkan seni tanah air.

“Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan,”

“Beliau pernah menjadi ahli lembaga penasihat Finas dan ahli lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada tahun 2012,” 

Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Hans merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia.

Gobind berkata, pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang  menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.

“Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini,”

“Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepadanya dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,”

– Gobind

Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.

Gobind dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Samsuni untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hai Orang Melaka, Suria Nak Belanja Korang Makan Hujung Minggu Ni!

Sinopsis Drama Bersiri Arahan Ahmad Idham SIAPA RAIME