in , ,

Pekin Bersyukur Mona Allen Selamat Melahirkan Bayi Merdeka

Tahniah diucapkan buat pelakon Mona Allen yang selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan pada jam 2.39 pagi tadi.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 menjadi lebih bermakna buat pelakon, Mona Allen apabila selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Puchong, Selangor, kira-kira jam 2.39 pagi tadi.

Berkongsikan berita gembira di Insta Story, Mona memaklumkan dia dan bayinya berada dalam keadaan baik.

Pemilik nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, 37, memaklumkan proses kelahiran bayi merdeka itu berlaku lancar tanpa sebarang komplikasi.

Lebih manis, pelakon itu melahirkan bayinya itu pada hari kemerdekaan hari ini tanggal 31 Ogos.

Pekin Bersyukur Mona Allen Selamat Melahirkan Bayi Merdeka

“Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi. Alhamdulillah, ibu dan bayi selamat. Terima kasih atas doa anda,”

– MONA ALLEN

Terdahulu, ketika usia kandungan memasuki enam bulan, pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi berita kehamilannya selepas empat tahun berusaha mendapatkan anak.

Pekin Bersyukur Mona Allen Selamat Melahirkan Bayi Merdeka

Mona turut berkongsi ikhtiar yang dilakukan dia dan suami, Pekin Ibrahim termasuk rawatan cara Islam, selain mengamalkan minum air kelapa bakar berserta doa.

Bayi berkenaan merupakan anak sulung Mona dan Pekin. Pasangan suami isteri tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahir Zawawi Umum Nikah 2 September & Resepsi Pada 3 September 2022

Single Terbaru Affizy Khairi, KU BERTAHAN Ciplak Lagu SHE’S GONE?