in , ,

Single PERMATA Kurang Mendapat Sambutan, Ayu Damit Pasang Strategi Baharu

BIARPUN banyak perancangan dalam kerjaya seninya tertangguh dan tidak menjadi sebagaimana diharapkan, penyanyi Ayu Damit tetap bersemangat menunaikan janjinya untuk terus konsisten menghasilkan karya.

Ayu atau nama lengkapnya Norayu Damit, 32, mengakui single terbaharunya, Permata, yang dilancarkan pada Januari lalu kurang mendapat sambutan sebagaimana diharapkan. Menurutnya lagi, sungguhpun lagu tersebut menepati apa diinginkan, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, ia tidak dapat dipromosikan sepenuhnya.

“Ada beranggapan saya terlalu cepat mengeluarkan single terbaharu ini sebaik sahaja tamat Gegar Vaganza (GV) dan  konsep lagu yang sesuai dengan muzik semasa.

“Bagaimanapun pada saya, lagu itu menepati apa yang saya mahu, cuma tak dapat buat promosi menyeluruh kerana PKP.

“Single Permata pula agak mendalam maksudnya dan perlu diperdengarkan selalu agar orang memahami apa yang dibawakan dalam lagu itu,”

– Ayu Damit

Dalam pada itu, Ayu menzahirkan terima kasihnya kepada semua peminat, media dan stesen radio yang sentiasa menyokong karya seninya.

“Alhamdulillah single Permata sudah mendapat tempat di rangkaian stesen radio RTM dan saya harapkan perkara sama juga berlaku di radio swasta.

“Apa yang buat saya terharu, jumlah tontonan lirik video lagu ini di saluran YouTube Saudagar Seni (penerbit) mencecah 14,000 di mana ia lebih tinggi daripada jumlah subcribers mereka.

“Jadi dari situ saya dapat lihat, penonton adalah peminat yang betul-betul menyokong saya dan lagu Permata,”

– Ayu Damit

Bercerita tentang perjalanan seninya selepas GV7, Ayu mengakui kembali mendapat pelbagai tawaran persembahan dan penampilan dan aktiviti seni.

Bagaimanapun kata Ayu, disebabkan PKP ia tidak menjadi kenyataan apabila banyak aktiviti dibatal dan ditangguhkan.

“Kalau nak kata kecewa, mungkin ada juga sedikit, tetapi saya tidak mahu menjadikan ia sebagai pematah semangat.

“Sementara aktiviti seni tertangguh, saya fokuskan kepada perniagaan di restoran dan kerja-kerja pertanian yang diusahakan sebelum ini.

– Ayu Damit

Berkongsi mengenai perancangannya selepas ini, Ayu yang ditemui pada sidang media pelancaran koleksi 9 Generasi, rekaan pereka fesyen Azirun Ramly, berkata, dia kini dalam proses merangka pelbagai projek sepanjang tahun ini bagi memastikan terus aktif.

“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, saya berharat tampil dengan lagu raya dan diikuti dengan sebuah lagi single yang akan turut dilancarkan pada tahun ini,” katanya.

– Ayu Damit

*Sumber: SinarPlus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setanding dengan Michael Jackson & Madonna, BTS Cipta Sejarah Dipilih Bintang Pop Terhebat 2020 Oleh Billboard

Lokasi Aktiviti Lasak Seluruh Sabah Dalam Travelog EKSTREM WALAI TOKOU