in , ,

Setanding dengan Michael Jackson & Madonna, BTS Cipta Sejarah Dipilih Bintang Pop Terhebat 2020 Oleh Billboard

Kumpulan K-pop sensasi, BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila dipilih Bintang Pop Terhebat 2020 oleh Billboard, sekali gus setanding dengan penyanyi bertaraf legenda antarabangsa, Michael Jackson dan Madonna.

Sebelum ini, kumpulan yang mencipta fenomena dunia menerusi lagu Dynamite itu dipilih sebagai artis K-Pop paling berpengaruh di seluruh dunia. Mengikut laporan portal Soompi, Billboard menamakan BTS sebagai Bintang Pop Terhebat 2020 berdasarkan pencapaian kumpulan sensasi yang meledak seiring penyanyi bertaraf dunia.

Pembantu Pengarang Eksekutif Billboard, Mia Nazareno berkata, tahap pengiktirafan yang diberikan media barat kepada BTS sangat besar hingga melayakkan mereka setanding dengan penyanyi hebat lain.

BTS Ungguli Tangga Pertama Dalam Carta Billboard 200 Buat Kali Kelima!

“BTS adalah kumpulan Asia pertama muncul dalam senarai ini, sehebat bintang antarabangsa lain.

“Walaupun karya diketengahkan bukan bahasa Inggeris dan sering diletakkan dalam kategori ‘bahasa asing’, tahap pengiktirafan terhadap BTS sangat luar biasa. Kumpulan ini turut dipilih Penghibur Tahun Ini oleh TIME.

“Dengan setiap pencapaian pada 2020, BTS membuatkan warga Amerika Syarikat tidak mampu menafikan kelayakan, selain K-Pop semakin berpengaruh dalam industri muzik global,” katanya.

Gelaran Bintang Pop Terhebat adalah menyambung tradisi Billboard untuk menobatkan selebriti paling menyinar sepanjang tahun, sejak 1981.

Antara nama yang tercatat dalam senarai ikonik itu termasuklah Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Eminem, Beyonce, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake dan Ariana Grande.

Billboard menyorotkan pencapaian bersejarah BTS sepanjang 2020 termasuklah menjadi artis K-Pop pertama dicalonkan menerusi Anugerah Grammy, mendapat nombor satu dalam carta Hot 100 Billboard, lagu Korea pertama nombor satu dalam Hot 100 menerusi Life Goes On.

BTS terus menarik perhatian ramai selepas diumumkan antara penghibur yang bakal membuat persembahan di Anugerah Grammy pada 15 Mac depan. – AGENSI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cuba Nasib Di American Idol, Nyanyian Penyanyi Malaysia Cheryl K Sentuh Hati Lionel Richie

Single PERMATA Kurang Mendapat Sambutan, Ayu Damit Pasang Strategi Baharu