in ,

Bapa Ayu Damit Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru Tahap Empat

Semoga Ayu Damit tabah dengan ujian ini. Sama-sama kita doakan semoga bapa Ayu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Bapa penyanyi Ayu Damit, Allahyarham Damit Osiri, 73, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru tahap empat di Kampung Ketiau, Putatan, Sabah, jam 10 pagi tadi. Ayu berkongsi berita pemergian arwah bapanya menerusi laman Instagram, hari ini.

Katanya, dia bergegas pulang ke kampung halaman, pagi ini, namun tidak sempat bertemu buat kali terakhir.

“Allah jemput arwah bapa pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Terima kasih atas segala jasa arwah memelihara dan menyayangi saya sejak kecil hingga saat ini

“Saya berdoa dapat bertemu arwah di syurga,” katanya yang pulang ke kampung halaman seorang diri tanpa ditemani suami dan anak-anaknya.

Juara program realiti, One In A Million pada 2008 itu berkata, arwah bapanya meninggalkan lima anak dan tujuh cucu.

“Kini, mak sudah tiada teman baik. Saya harap mak kuat menempuhi hidup mendatang tanpa arwah. Kali terakhir saya bertemu arwah sekitar Mac lalu,”

– Ayu Damit

Penyanyi lagu Hanya Di Mercu itu berkata, jenazah arwah perlu dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani prosedur pandemik COVID-19 termasuk ujian calitan.

“Saya belum dapat memastikan waktu pengebumian. Insya-Allah, saya berharap pengebumian dapat disegerakan,”

– Ayu Damit
Bapa Ayu Damit Meninggal Dunia
Bapa penyanyi Ayu Damit, Allahyarham Damit Osiri menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru tahap empat, pagi ini. – Foto IG Ayu Damit

Ayu berkata, dia tiba ke kampung halaman dengan menaiki penerbangan, pagi ini, tetapi hanya berselisih dengan van yang membawa jenazah ke hospital.

“Jika ikutkan, saya nak pulang semalam, tetapi tiada penerbangan. Saya dimaklumkan arwah sudah nazak.

“Arwah tidak buka mata sejak lima hari lalu. Cuma, arwah ada beritahu nak sangat tengok saya.

“Saya bergegas buat ujian calitan COVID-19, semalam. Sedihnya, saya hanya berselisih dengan van membawa jenazah ke hospital apabila tiba di kampung,”

– Ayu Damit

Salam takziah/ Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. 

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackpink Bakal Muncul dengan Filem Pertama Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-5

ZOMBITOPIA Premieres Today, Exclusively On Disney+ Hotstar