in ,

Lokasi Aktiviti Lasak Seluruh Sabah Dalam Travelog EKSTREM WALAI TOKOU

Sambil bercuti sambil mencuba aktiviti sukan lasak seperti flying fox, hiking, dan paragliding. Apatahlagi aktiviti tersebut dilakukan di sekitar homestay yang didiami oleh hos program diberi travelog “Ekstrem Walai Tokou”.

Sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 2.30 petang di TV Okey oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM),13 episod program ini membawa penonton menjelajah lokasi dalam negeri di Bawah Bayu, Sabah oleh hos Munira Md. Iwan lebih santai panggilan Putey. Ia menerangkan mercu tanda di setiap daerah yang dijelajahi, berkongsi keistimewaan homestay tempatnya menginap, menjalankan aktiviti sukan lasak seperti flying fox, hiking, paragliding dan lain-lain yang terdapat di sekitar homestay.

Bertolak dari Kota Kinabalu dan menuju ke Putatan, lokasi pertama dikunjungi adalah Bakut View Putatan, hos mengambil bahagian dalam aktiviti lasak iaitu permainan ‘Gel Blaster’. Seterusnya, berada di Pekan Papar dan menginap di Ponohuan Tree House Homestay (rumah atas pokok) dan di My Nurul Homestay mencuba aktiviti lasak menyeberangi sungai dengan berjalan di atas rakit serta terjun ke dalam sungai dari pokok yang tinggi.

Seterusnya Putey berada di Kimanis melawat Borneo Palinda Motorsport Park dan bermain Go Kart, di Singgah Bayu sebuah ladang perternakan arnab, ‘Highland Croker Homestay’, yang terletak di kawasan tinggi berdekatan dengan bandar Kimanis. Kemudian, beliau pergi ke Utan Paradise Jungle Camp untuk melakukan aktiviti jungle treking dan juga melawat Air Terjun Wasai.

Putey...hos program ini

Putey kemudiannya berada di bandar Tuaran dan menginap di Lieya Homestay, (berada di kawasan perumahan). Dia melakukan aktiviti berkayak, bermain dengan ‘Blow Pipe’ dan melawat mini zoo di River Bay Beach. Beliau juga melawat pekan Tuaran dan mencuba beraneka jenis makanan tempatan di pekan tersebut. Seterusnya, ke Sabandar Water Sport melakukan aktiviti memandu ATV.

Lokasi berikutnya Putey berada di pekan Tamparuli dan tinggal di Homestay Kiulu (berdekatan dengan sungai dan sawah padi), di Zip Borneo melakukan aktiviti lasak seperti zip line, high ropes dan abseiling. 

Lapan episod menyusul Putey iaitu di Inanam menginap di Homestay Desa Cinta Kobuni (hos tinggal bersama dengan pemilik homestay), menikmati makanan orang Dusun dan mengambil bahagian dalam acara kebudayaan kaum Dusun. Seterusnya hos ke Shallom Village Park mencuba aktiviti lasak Flying Fox, dan aktiviti abseiling di air terjun di Kionsom Waterfall dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari ahli-ahli Sabah Abseiling Group.

Episod di Kota Kinabalu Putey menginap di Homestay Kg. Sri Pandan, Putatan (homestay tengah bandar), dan menjamu selera di pasar malam menjual beraneka jenis makanan laut. Seterusnya dia ke Mondikot Deer Camp menjalankan aktiviti lasak iaitu ‘canoe’ di atas sungai yang penuh dengan halangan. Selepas itu, Putey menjalankan aktiviti ‘wall climbing’ di Sabah Indoor Climbing Centre.

Sementara itu di Kota Belud dia menginap di Homestay Khalim Transit Villa (di kawasan kampung) dan menjamu selera di pasar malam menjual ikan bakar, kerepek dan gado-gado. Seterusnya dia melawat Tegudon Tourism Village dan menjalankan aktiviti lasak “tube rafting” di atas sungai dan melawat Pulau Usukan menjalankan aktiviti “snorkling”.

Dalam episod di Ranau beliau tinggal di Homestay Camelia (di kawasan kampung Lohan Ulu). Kemudian, melawat Kundasang dan menunggang ATV di lereng bukit menjalankan aktiviti ekstrem para gliding atau luncur udara di Borneo Paragliders .

Ikuti juga episod Putey berada di Keningau, Tanjung Aru, Sipitang dan Labuan. Menarik di Labuan dia menginap di ‘Homestay Norlela’ yang terletak di Kg. Patau-Patau Dua yang berkonsepkan rumah yang dibina diatas air. Kemudian, beliau melawat muzium dan sebuah galeri kesenian bernama DC Liberty of Art, menangkap ketam di laut bersama orang tempatan. Selepas itu, ke Ramsey Point untuk melakukan aktiviti melayar kapal layar. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single PERMATA Kurang Mendapat Sambutan, Ayu Damit Pasang Strategi Baharu

Rezeki Lakonan Ada Naik Turun, Saharul Ridzwan Cuba Nasib Jual Wangian Ode Scents