in

Siapa Kata IZ OIAM Sombong dan Berlagak?

Cacatan seorang peminat IZ OIAM dari Singapura. Katanya, siapa kata IZ tu sombong? IZ tu mesra apa. Mungkin yang cakap macam tu, kena kenal orang tu betul-betul sebelum cakap IZ sombong.

3030213413 B03A832D66 | 3

Salam Budiey.. Nih nak citer sikit nih.. harap harap dapat posting kat blog budiey yer…

Semalam (10/11/2008, Isnin), saya menjemput IZ dan sahabatnya Hisyam dari KL… Memang pertama kali saya akan bertemu dengannya.. Beliau telah “Melamar” saya untuk jadi Tour Guide di Singapura.

Hmm… Mereka mampir ke Singapura untuk di wawancara oleh Radio Singapura (897fm) dan diikuti dengan Wawancara majalah hiburan SUTRA dan lain lagi.

Sebelum ini memang saya pernah dengar khabar angin bahawa si IZ nih sombong orangnya… so takut jugak kalau dia sombong..(tapi melalui perbualan di telefon dan email.. tak ada masalah)…

Iz yang memang terkenal dengan rambut yang tinggi dan imej yang Smart tapi casual.. memang tidak sombong orangnnya.. Beliau dilihat seperti insan biasa… Betegur sapa. Bahkan dah macam kenal lebih dari 10 tahun. Kami berborak, berbincang, ber.. ber.. dan ber…

Saya mengikutinya kerana saya adalah salah seorang peminatnya dari Singapura.. Dah semestinya saya tidak akan lepaskan peluang untuk bertemu dengan IZ yang semestinya sibuk Jadualnya….

Kami tiba di Mediacorp terlewat beberapa minit akibat tersesat jalan dan hari pun memang tidak baik pada hari itu… Setibanya kami di sana.. kami di sambut baik oleh DJ Aura Shai yang memang tak pernah lokek senyumannya.. Selepas diwawancara… Kami bergegas ke Tanjong Pagar yang akhirnya terpaksa dibatalkan kerana masalah tertentu…

Apa lagik, kami terus ke Singapore News Centre untuk di wawancara oleh wartawan hiburan majalah SUTRA. Memang gamat apabila Iz yang memang tidak boleh duduk diam berbicara dengan lenggok bahasa melayu campur inggeris..

Setelah usai semuanya.. kami naik ke cafeteria untuk makan tengahari walaupun waktu jam sudah memasuki jam 2petang.. Ucapan setinggi terima kasih kepada Iz for treating us lunch.

Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan… Sepanjang perjalanan saya mengikuti kesana kemari, memang IZ adalah seorang insan yang tidak sombong.. bahkan murah senyuman.. dan mungkin ramai yang kata dia nih berlagak… Betulkah? Mungkin tidak bagi saya.. betul tak IZ.. Awak memang kelakar dan kecoh semalam…

Dah semestinya pertemuan kami semalam memang berbaloi.. bukan sahaja saya dapat bertemu dengan idola ku.. tetapi dapat menerima Poster dan EP yang ditandatanginya.. dan lagi berbangga apabila saya diberitahu bahawa saya adalah peminat Singapura pertama yang dapatkannya…

Thank U Iz for letting the opportunity to meet u in Person and to Budiey.. Thanks for posting my stories… ALL THE BEST in whatever u doo…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAYA KARIN AKHIRNYA DISATUKAN

Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari