in ,

Hairul Azreen Dikritik Sering Berlakon Watak Badan Beruniform dalam Filem

Sebut saja nama Hairul Azreen pasti ramai tahu pelakon itu sering muncul dalam filam aksi dan beruniform. Antara filem yang dibintangi olehnya seperti PASKAL, Wira, Polis Evo, Qhaliq, The Assistant dan terbaru Malbatt: Misi Bakara.

Difahamkan, filem arahan Adrian Teh itu akan diatayangkan pada Hari Kebangsaan tahun hadapan.  Bagaimanapun, ada yang kurang senang apabila mengetahui Hairul turut berlakon dalam filem tersebut.

LDi laman Twitter, nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila netizen mempersoalkan mengapa Hairul sering dipilih berlakon dalam filem badan beruniform. Kata netizen lagi, ramai lagi pelakon hebat lain namun sering melihat Hairul dipilih membintangi filem berunif

Menurut netizen lagi, mereka seolah sudah muak melihat wajah Hairul membintangi filem beruniform dan terus ‘hilang selera’ untuk menonton filem berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa teruja melihat Bront Palarae dan Remy Ishak membintangi filem berkenaan namun turn off terus sebaik sahaja melihat Hairul.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar Rindu Untuk Kembali Bekerja Sebagai Pelawak & Pengacara

THE SCHOOL FOR GOOD AND EVIL

Tentang Debut Trailer Rasmi Netflix’s THE SCHOOL FOR GOOD AND EVIL