in ,

Shuk Sahar Rindu Anak-Anak, Harap Netizen Doa Rumah Tangga Kekal

Kontroversi terpalit dirinya kini sudah reda, pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar meminta pengikutnya dan juga netizen untuk sama mendoakan agar rumah tangganya kekal bahagia.

Menerusi satu perkongsian di Instagram semalam, Shuk dilihat ada memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya dan akui sangat merindui keluarga serta anak-anaknya.

“Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.

“Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga,”

– Shuk Sahar

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan pelawak itu serta memintanya untuk bersabar serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan  mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora, Yusry Abdul Halim & Habsah Hasan Terima Gelaran Datuk

Pengisian Program Tanya Doktor Musim Kelima Lebih Segar & Interaktif