in

Showdown Street Fest 2012

Kehangatan program realiti Showdown 2012 masih terasa. Untuk terus menghidupkan semangat hip hop dan ‘street style’ 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda Showdown Street Fest 2012 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 15 September 2012 di Tempat Letak Kereta Terbuka (Old Wing), Pusat Membeli- belah One Utama, Petaling Jaya.

Showdown Street Fest merupakan sebuah festival jalanan yang memberikan peluang untuk peminat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Festival jalanan yang kembali untuk tahun ke-3 ini pastinya dinanti-nantikan oleh peminat yang ingin menambahkan pengetahuan tentang budaya ‘hip-hop’ dan disamping untuk menyaksikan persembahan-persembahan hebat dari artis-artis popular!

Showdown Street Fest 2012

Sejak kemunculan program realiti Showdown, program ini ternyata berjaya mengumpul peminat tersendiri dan semakin ramai rakyat Malaysia berani tampil untuk mempamerkan bakat mereka dalam seni tari.

Showdown Street Fest 2012 menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya ceramah tentang karier ‘Hip Hop 4 Life’ oleh penyanyi hip hop terkenal Altimet dan juara Showdown 2011 Elecoldxhot, selain menampilkan pelbagai aktiviti hip hop seperti Tarian Jalanan, Seni Grafiti, DJ-ing dan MC-ing. Festival jalanan yang akan bermula pada jam 3.00 petang turut disertai dengan persembahan Parkour dan sukan ekstrem BMX.

Buat pertama kalinya Showdown Street Fest 2012 akan menganjurkan ‘KPOP Dance Competition’ yang memberikan hadiah lumayan iaitu wang tunai RM1, 000 beserta tiket menonton persembahan artis K-Pop popular T-ara! Selain itu terdapat pertandingan ‘Dance Battle’ yang menawarkan hadiah RM 500 untuk tempat pertama manakala RM 300 untuk tempat kedua.

Pada sebelah malam pula anda akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular antaranya Joe Flizzow, Carleed, K-Town Clan, James Baum, Caprice, Juzzthin, Al Caponey, Balan Kashmir dan persembahan dari kru-kru Showdown yang pasti memukau penonton dengan gerak tari kreatif mereka.

Istimewanya, tahun ini turut menampilkan ‘Best In The World Food Bazaar’ yang membawakan makanan-makanan lazat yang dimuatkan di dalam program makanan popular 8TV ‘Best In The World’! Burger Bakar Kaw-Kaw, James Cendol dan pelbagai jenis makanan menarik menanti anda di Showdown Street Fest 2012. Jangan lupa untuk bersama-sama dengan Razif Hashim untuk mencuba sesuatu yang menyelerakan?

Tandakan kalendar anda dan ayuh bersama-sama kami menyertai festival jalanan Showdown Street Fest 2012 pada 15 September 2012 (Sabtu), bermula jam 3.00 petang di Tempat Letak Kereta Terbuka (Old Wing), Pusat Membeli-Belah One Utama. Masuk adalah PERCUMA!

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul, “Bersempena dengan ulang tahun ke-8 8TV, kami sememangnya ingin meraikan Showdown Street Fest 2012 dengan lebih meriah! Walaupun pertandingan realiti Showdown 2012 sudah tamat, kami masih berusaha untuk memberi pengetahuan tentang budaya hip-hop untuk penonton setia Showdown.”

“Ini merupakan salah satu tanda terima kasih kami kepada penonton yang tidak henti-henti menyokong program-program 8TV dan program Showdown khususnya.” tambah Airin.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi ‘Catch Up’ di www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv , www.youtube.com/8tvaddicts instagram @8tv

Showdown Street Fest 2012

Showdown Street Fest 2012

Showdown Street Fest 2012

Showdown Street Fest 2012

Showdown Street Fest 2012

SHOWDOWN STREET FEST – ITINERARY

TIME ITEM AREA
3.00pm – 3.30pm Introduction & Opening l Freebies giveaway Mainstage
3.00pm – 3.30pm Registration for KPOP Dance (Showcase) Competition Mainstage
3.00pm – 3.30pm Registration for All Styles Dance (Battle) Competition Mainstage
3.00pm – 3.30pm Graffiti workshop registration (outdoor) Booth A
3.00pm – 3.30pm DJ workshop registration Booth B
3.00pm- 3.30pm MC workshop registration Booth A
3.30pm – 4.00pm The Best in the World Show Mainstage
3.30pm – 4.00pm Street Dance workshop: Hip Hop registration Booth B
3.30pm – 4.30pm Graffiti workshop by Bone Phobia Klik (outdoor) Booth A
3.30pm – 4.30pm DJ workshop by DJ Fuzz Booth B
3.30pm- 4.30pm MC workshop by Jin Hackman Booth A
4.00pm – 4.30pm Street Dance workshop: BBOY registration Booth B
4.00pm – 5.30pm KPOP Dance (Showcase) Competition Mainstage
4.30pm – 5.30pm MC competition Booth A
4.30pm – 5.30pm DJ competition Booth B
4.30pm – 6.00pm Graffiti competition (outdoor) Booth A
5.00pm – 5.30pm Career Talk: Hip Hop 4 Life registration Booth A
5.30pm – 6.30pm The Parkour l BMX Show Mainstage
5.30pm – 6.30pm Career Talk: Hip Hop 4 Life by Altimet Booth A
5.30pm – 7.00pm Street Dance workshop: Hip Hop by Boojae Booth B
6.30pm – 7.00pm All Styles Dance (Battle) Competition Mainstage
6.30pm – 7.30pm Career Talk: Hip Hop 4 Life by Elecoldxhot Booth A
7.00pm – 7.45pm Prayer/dinner break/intermission
7.45pm – 9.30pm All Styles Dance Competition (con’t) Mainstage
8.00pm – 9.30pm Street Dance workshop: BBOY by Zero Booth B
9.30pm – 9.50pm Artistes performance- Joe Flizzow (promote about Hip Hoppin’ Asia) Mainstage
9.50pm – 10.00pm Artistes performance- Carleed Khaza Mainstage
10.00pm – 10.10pm Artistes performance- Jamesbaum Mainstage
10.10pm – 10.20pm Artistes performance- Caprice Mainstage
10.20pm – 10.35pm SHOWDOWN reunion Mainstage
10.35pm – 10.45pm Artistes performance- K Town Clan Mainstage
10.45pm – 10.55pm Artistes performance- Balan Kashmir Mainstage
10.55pm – 11.05pm Artistes performance- Al Caponey Mainstage
11.05pm – 11.15pm Artistes performance- Juzzthin Mainstage
11.15pm – 11.30pm SHOWDOWN 2012 Mainstage

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NBCUniversal Truth Campaign

Sundance Channel Siar Pesta Filem Antarabangsa Busan Ke-17