in

Showdown 2011

SHOWDOWN 2011 BERSIARAN 6 APRIL INI !!!

Masa untuk mencari kru jalanan terhebat di Malaysia!

Rancangan realiti pencarian kru jalanan terhebat kini kembali menggegarkan Malaysia. Sudahkan anda bersedia untuk menyaksikan persembahan hebat dari peserta Top 12 musim terbaru SHOWDOWN 2011? Ikuti perjalanan kru-kru SHOWDOWN 2011 dan saksikan persembahan bertenaga, gerak tari kreatif dan teknik luar biasa dari peserta Top 12 ini.

Showdown 2011

SHOWDOWN telah membuka mata ramai pihak sekaligus membuktikan ia bukan program realiti yang biasa. Sejak kemunculan SHOWDOWN, program ini telah berjaya mengumpul ramai peminat dan telah membentuk satu fenomena baru dalam sejarah tarian tempatan.

Ini boleh dibuktikan dengan kemenangan besar yang diraih dalam beberapa majlis anugerah di Malaysia. SHOWDOWN2010 berjaya menggondol anugerah Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 yang diadakan baru-baru ini.

Dengan sasaran untuk membawa tarian jalanan ke pentas berprestij supaya lebih dihargai oleh khalayak, SHOWDOWN 2011 pastinya lebih gempak dan menghiburkan! Gerakan tarian luar biasa dan aksi-aksi kru ini pasti membuat anda terus melekat di kaca televisyen anda setiap minggu!

SHOWDOWN 2011 telah menerima respon luar biasa dari khalayak sekaligus memberi inspirasi kepada penari dan kru tarian jalanan untuk mencuba nasib dan mencipta nama di pentas SHOWDOWN 2011. Lebih daripada 100 kru hadir dalam sesi ujibakat yang telah diadakan awal Januari lalu di beberapa lokasi terpilih. Siapakah yang bakal terpilih sebagai peserta Top 12 SHOWDOWN 2011 dan kru manakah yang bakal menyinar dan menjuarai SHOWDOWN 2011 tahun ini? Saksikan program realiti terhebat SHOWDOWN 2011 yang bakal menemui anda setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 6 April 2011 hanya di 8TV!

“SHOWDOWN 2011 kembali untuk mencari kru jalanan terhebat di Malaysia! Atas sambutan hangat dari khalayak, 8TV menjanjikan sesuatu yang lebih besar dan menghiburkan untuk musim ini!” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Sudahkan anda bersedia menyaksikan gerak tari kreatif dan persembahan luar biasa dari peserta SHOWDOWN 2011? Jangan ketinggalan menyaksikan program realiti tarian jalanan SHOWDOWN 2011 eksklusif di saluran hip 8TV!”

SHOWDOWN 2011 sekali lagi menaruh kepercayaan penuh pada Hafiz Hatim untuk mengemudikan program ini sekali lagi sebagai pengacara pada musim ini. SHOWDOWN 2011 turut mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo.

Tahun ini, SHOWDOWN 2011 diaktifkan oleh Hotlink bersama rakan penaja Sony dan Vitagen. Turut terlibat bersama-sama menghangatkan kerjasama ini adalah Tune Hotels sebagai penaja penempatan rasmi peserta SHOWDOWN 2011, Office dan Snips selaku penaja rasmi tata rias dan rambut, Fly FM dan Hotfm serta Just DANCE! Magazine, majalah tarian nombor 1 di Malaysia selaku rakan media SHOWDOWN 2011.

Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN 2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/ .

Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini? Pelayar bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat lagi dengan peserta kegemaran kru Top 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand.

Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegeramaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2010, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdowns’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `Online Battle’. Tunggu….untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011. SHOWDOWN 2011 akan membuka tirai 6 April 2011 (Rabu) jam 9.30 malam eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran Astro 708.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini SHOWDOWN 2011 di www.facebook.com/8TVshowdown.

Showdown 2011

Showdown 2011

Showdown 2011

Showdown 2011

Showdown 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Win Blackberry Torch 9800 White Rossa Showcase Live Jakarta

Gaya Moden Klasik Lords Tailor Anugerah Bintang Popular 2010