in

SHOWDOWN 2010

SHOWDOWN 2010
Pertandingan ‘Street Dance’ yang paling GEMPAK!!

“Krumping”, “Popping”, “Locking” , “Break Dancing” dan banyak lagi gerak tari yang menjadi elemen penting dalam  Showdown 2010.  Showdown 2010 merupakan program realiti ‘battle dance’  terbaru yang akan menemui anda setiap hari Rabu jam 9.30pm bermula 31 Mac, 2010 di saluran hip 8TV. 

Dijangka menjadi pertandingan tarian yang terhebat dalam sejarah program telivisyen Malaysia, Showdown 2010 sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri berbanding program realiti yang sedia ada.

4230078378 229A40749C O | 4

Program ini merupakan sebuah rancangan menarik penuh aksi yang akan mengetengahkan ‘street dancing’.  Tarian ‘street dancing’ ini adalah tarian gaya bebas yang membolehkan setiap krew-krew tarian menari mengikut rentak dengan cara mereka tersendiri. Seperti genre-genre tarian yang lain, ‘street dancing’ ini semakin diterima sebagai salah satu cabang seni tari.

Dengan adanya Showdown 2010, pihak penerbitan berharap program ini dapat menarik perhatian orang ramai mengetahui dan mempelajari mengenai tarian ‘street’ ini dan sudah tiba masanya seni ini diberi penghormatan.

Antara keunikan rancangan Showdown 2010 ini ialah penonton juga dapat melihat segmen di belakang tabir yang akan memberi anda gambaran sebenar tarian ‘street’ ini. Dari mencari ilham untuk menghasilkan lenggok dan ‘style’ tarian yang asli hingga ke mempersembahkan tarian secara langsung di hadapan khalayak umum yang menonton, semestinya penonton bakal melihat pelbagai ragam, aksi dan drama  dari peserta-peserta yang bertanding di dalam Showdown 2010 yang akan membuat anda semua melekat di kaca TV masing-masing. Di samping itu, untuk menghangatkan lagi rancangan tersebut, gabungan tarian hip hop dan fusion serta sesi latihan dari penari profesional turut diselitkan.

4230083356 4C798543De O | 5

Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata “Rancangan Showdown 2010 ini adalah bertujuan untuk mencari dan mencungkil bakat penari-penari ‘street’ atau ‘freestyle’ yang sudah lama bertapak di Malaysia. Industri tarian di Malaysia ini semakin berkembang dan ia seiringan dengan industri muzik kita,”

Tambahnya lagi, “Saya percaya penari-penari  ini mempunyai bakat dan kelebihan masing-masing, malah  Showdown 2010 ini bertujuan untuk mencungkil bakat mereka sekaligus memberi peluang dan platform kepada mereka untuk menunjukkan bakat masing-masing.”

“Ujibakat yang diadakan akan menentukan siapakah penari yang berbakat di Malaysia. Kita bukan saja mahu mencari pemenang tetapi mereka yang terbaik di dalam industri,” kata Kim lagi.

Showdown 2010  bakal melahirkan bakat-bakat seni jalanan yang tidak pernah diketengahkan dan tidak pernah diendahkan selama ini. Lebih menarik lagi antara golongan mereka inilah yang bakal memenangi gelaran juara. Seperti rancangan realiti yang lain, ujubakat  Showdown 2010 akan diadakan di lima buah negeri iaitu  Johor Bahru, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula Januari 2010.

4229316669 9355Fd68Cf O | 6

BUTIR-BUTIR SESI UJIBAKAT :

JB – Fun ZON @ The Zon
South Zone Audition
9/1/10
Sabtu

South Zone Battle
10/1/10
Ahad

Penang – Open Plaza, Penang Time Square
North Zone Audition
16/1/10
Sabtu

North Zone Battle
17/1/10
Ahad

Kota Kinabalu – Tingkat 8, Hotel Imperial International
East Zone Audition
*Krew yang berjaya akan beradu di KL

23 /1/10
Sabtu
Kuching – Sarawak Tourism Centre (Old Court House)

East Zone Audition
*Krew yang berjaya akan beradu di KL
23 /1/10
Sabtu

KL – Grd Flr, Main Entrance One Utama New Wing, Petaling Jaya
Central Zone Audition
30/1/10
Sabtu

Central Zone Battle
31/1/10
Ahad

Semasa sesi ujibakat, para penari akan menari mengikut rentak dan ‘style’ mereka sendiri untuk menarik perhatian juri. Setiap kumpulan diwakili oleh 5 hingga 7 penari. Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat akan bertanding terus pada keesokan harinya dalam pentas ‘battle’ dimana mereka akan bertanding antara satu sama lain  dan mereka yang layak akan mara ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.

4229316811 3A4E5613Fd O | 7

Ujibakat adalah terbuka kepada semua penari dari pelbagai peringkat umur. Mereka yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan dari ibu bapa masing-masing terlebih dahulu.

Pada penghujung ujibakat tersebut, 14 kumpulan yang terpilih akan bertanding di sesi ‘Show Off’ untuk menentukan tempat  ke Top 12.

12 krew atau kumpulan akan mula beradu nasib dan disinilah bermulanya proses  penyingkiran mingguan. 

Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan  penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ dibuat pada setiap minggu diakhir rancangan di mana 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah sekali akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

4 kumpulan terakhir yang berjaya ke peringkat akhir akan ke “Final Countdown” di mana mereka akan mempersembahkan tarian dengan ‘style’  “krump-ing”, “lock-ing” dan “break dance” untuk menarik perhatian juri dan penonton dan seterusnya dijulang sebagai juara Showdown 2010.

Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim telah diberi tanggungjawab mengacarakan Showdown 2010 .

Mana-mana program realiti tidak lengkap tanpa para juri. Showdown 2010 mengalu-alukan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow (Too Phat) yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan Maple Loo (koreografer / penari)  sebagai juri tetap program ini. 

Pakaian rasmi peserta Showdown 2010 ditaja oleh Echo Park dan Flyfm sebagai stesen radio rasmi.  Manakala, Snips pula berbesar hati menaja untuk make-up dan rambut para peserta. Bagi penonton yang tidak puas menonton rancangan siaran langsung itu nanti, program  Diari khas bakal keudara setiap hari Selasa bermula 11 Mei 2010. 

Program Diari ini akan memuatkan pelbagai aksi-aksi spontan peserta, rutin latihan dan persiapan mingguan serta cerita belakang tabir. Selain dari itu penonton juga dapat mengenal lebih dekat personaliti peserta-peserta yang bertanding. 

Kepada penonton yang tidak berpeluang menonton siaran langsung setiap minggu, siaran ulangan bakal menjengah ruang TV anda setiap minggu pada hari Selasa bermula 6 April 2010 jam 11.45 malam atau anda juga boleh melayari laman sesawang www.8tv.com.my  atau www.facebook.com/8TV showdown 2010 untuk melihat episod kegemaran dan juga video eksklusif.

Untuk keterangan lanjut akan rancangan menarik yang lain, anda boleh layari di laman web www.8tv.com.my

Anda juga boleh menonton rancangan 8TV di saluran Astro 708.

Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dimana sahaja dengan hanya layari laman web telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda!

p/s: Selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca budiey.com! Semoga 2010 memberikan kejayaan dan keharmonian buat semua. Peace no wa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sertai Pertandingan Kostum Terbaik Pasangan Kembar

Remy Ishak Si Koboi Jahat