in

Betul Ke Paris Hilton Akan Terbang Ke Malaysia?

Korang minat tak dengan selebriti terkenal yang cukup sensasi di Hollywood dan seantero dunia, Paris Hilton? Dia selebriti serba boleh. She heiress/socialite/reality TV star/singer/actress/entrepreneur/DJ… haaa apa lagi? Mmm… rasa-rasa, kalau dapat peluang untuk bertemu dengan Paris Hilton ni, korang nak tak? Satu persoalan yang cukup mengujakan sebab Budiey dengar khabar angin mengatakan Paris Hilton akan terbang ke Malaysia. Haaa, betul ke?

Kalau tak pun, mungkin di kalangan pembaca yang minat dengan band K-Pop 2AM… Budiey dengar kumpulan terkenal ini juga akan terbang ke Malaysia.

Paris-Hilton

Apa yang membuatkan Budiey sangat super-duper excited adalah Paris Hilton dengarnya bukan sahaja akan terbang ke Malaysia, malah penyanyi ni akan turut buat persembahan di sebuah acara pelancaran  yang cukup gilang gemilang. Dengarnya, acara party itu juga sangat eksklusif dan hanya individu tertentu sahaja yang akan dijemput nanti. Minta-minta penganjur juga akan menjemput Budiey dan pengikut setia blog ni. Kalau betullah rumors ni, sudah tentu ianya mengembirakan ramai peminat tegar Paris Hilton kan?

Menurut khabar angin itu lagi, Paris Hilton bukan hadir berseorangan ya. Dengarnya, dia juga akan bersama dengan selebriti lain seperti Taboo of the Black Eyed Peas, dan Australian tenor, Mark Vincent. Fuh! Bestlah kalau dapat jumpa diorang nih. Bukan senang diorang nak datang Malaysia kan?

Bukan setakat menyanyi dan bermesra bersama peminat, Paris Hilton juga menjadi antara selebriti terkenal yang akan berada di tapak pelancaran. Nak tahu pelancaran apa, acara apa dan kat mana, korang kena tunggu pengumuman Budiey seterusnya.

Untuk memberikan sedikit klu, Budiey nak korang baca artikel kat bawah ni, okay. Moga-moga klu dan jawapan atas persoalan yang dicari dapat ditemui.

Good luck!

Empire City, the 30 acre mixed use development in Damansara Perdana, is holding an exclusive preview on the 23rd of January 2015. An integrated development in a vibrant, artfully stylised world, this City of Lifestyle & Entertainment aims to be the ultimate spot for meeting, dining, shopping and relaxing, all within a self-contained city that balances business with leisure.

Okay, rasanya korang dah dapat jawapannya. Cuma takde details lagi berkenaan acara ini, kan? Okay, Budiey akan mengesahkan kedatangan Paris Hilton ini dalam minggu ini sebaik sahaja mendapat pengesahan dari penganjur. Apa yang Budiey dapat katakan di sini, ada sesuatu yang menanti untuk korang okay. Jadi, jangan ke mana-mana teruskan melayari blog ini dari masa ke semasa. Mana tahu, anda antara pembaca bertuah yang dapat bertemu dengan Paris Hilton ni. Haaa, mana tahu kan?

*For more info on “Party of the Century”, click here or here.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Showcase Hafiz Suip & Friends Kembali Hangatkan Hard Rock Café Kuala Lumpur

Baki Zainal Kini Jadi Penyampai Radio Suria FM