in

SHOUT! AWARDS shoutawards.com.my Anugerah Paling Hip

Majlis Anugerah paling hip abad ini…

Menggabungkan bakat-bakat tempatan dari segenap ruang lingkup industri – muzik, televisyen, radio dan filem… 8TV membawakan anda anugerah ter-hype!

Industri hiburan di Malaysia semakin berkembang dengan kebangkitan bakat-bakat baru. Kita menyaksikan kebangkitan ‘indie’ dalam industri muzik, televisyen, radio dan filem tempatan. Banyak pihak mula membuka mata akan kemampuan mereka dan mula menerima ‘indie’ dengan lebih terbuka.

Sudah sampai masanya kita meraikan perjalanan bakat-bakat baru di Malaysia. Maka lahirlah .

Anugerah ini merupakan sebuah rancangan majlis anugerah bagi mengiktiraf mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak yang besar dalam dunia hiburan Malaysia. 

Rancangan yang akan berlangsung selama 2 ½ jam ini akan menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang terlibat di dalam industri muzik, televisyen, filem dan radio di Malaysia.

Ia juga merupakan satu platform yang baik untuk peminat memilih dan melihat hala tuju industri hiburan tempatan.

“Kita dapat melihat industri muzik semakin berkembang. Masyarakat kita lebih terbuka menerima aliran muzik baru terutamanya muzik ‘indie’ dan stesen radio mula mempercayai kredibiliti muzik dan band-band tempatan. Industri perfileman juga banyak menerapkan akan pentingnya nilai penulisan, teknik dan jalan cerita yang baru yang lebih segar. Televisyen pula sudah banyak menyiarkan program atau drama yang lebih berkualiti dan memperkenalkan bakat-bakat baru yang kini berjaya sebagai selebriti yang cukup popular,” ujar Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.

Izham menambah, “Kami di 8TV cukup berbangga dengan pencapaian anak-anak muda ini yang berjaya menembusi industri hiburan Malaysia.  merupakan satu program yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat yang berjaya membawa industri hiburan Malaysia ke suatu tahap yang lebih tinggi. Kami berharap bakat-bakat ini akan sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru, segar dan lebih menghiburkan sekaligus diterima baik oleh semua pihak.”

Anugerah akan berlangsung pada 18 Julai 2009 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil. Rancangan anugerah ini juga turut disiarkan secara LIVE di saluran hip 8TV tepat jam 9.00 malam. Akan dimulakan dengan acara karpet merah di mana kita semua dapat menyaksikan ketibaan selebriti, artis dan mereka yang terlibat dalam industri hiburan tempatan.

Anugerah ini bukan sahaja merangkumi anugerah khas untuk TV, Filem, Radio dan Muzik bahkan turut menyelitkan persembahan-persembahan bertenaga dari artis dan band tempatan dalam kolaborasi yang cukup menarik dan menghiburkan!

Penyertaan dibuka kepada semua stesen TV, Syarikat Rakaman, Rangkaian Radio, dan Syarikat Penerbitan/Produksi drama dan filem. Semua penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh juri-juri professional yang di lantik.  Seterusnya apabila calon-calon Top 5 diumumkan, peminat-peminat diberi penghargaan untuk memilih calon kegemaran mereka dengan mengundi melalui laman web www.shoutawards.com.my

Merangkumi empat (4) kategori utama dengan 16 anugerah untuk jumlah keseluruhan:

MUZIK
Rockstar Award (Rock Awards)
Popstar Award (Pop Awards)
Power Vocal Award (Powerful Vocals Awards)
Flava Award (Hip Hop / R&B Awards)
Break Out Award (Best New Act)

TV + FILM
Best On Screen Chemistry (1 pair)
Fresh TV Series Award (New TV Series including Dramas and / or Sitcoms)
Breakthrough Film Award
Favorite TV Program (Non Drama)
Favorite TV Host

RADIO
Coolest Radio Announcer
Favorite Radio Show

THE WORKS
Stylo Award (Most Stylish Awards)
Hot Chick Award
Hot Guy Award
The Ultimate Shout! Award

Senarai calon-calon Top 5 akan diumumkan kelak melalui majlis sidang akhbar kedua dan penonton boleh mulai menghantar undian secara online ke laman web rasmi  di www.shoutawards.com.my.

Juri professional kemudiannya akan memilih seorang pemenang daripada peserta Top 5 dalam setiap kategori bagi anugerah utama The Ultimate Shout! Award

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri jelajah yang akan diadakan bersempena   di beberapa lokasi terpilih. Anda akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis tempatan kesayangan anda dan turut berpeluang untuk memenangi tiket-tiket menyaksikan rancangan anugerah berprestij ini!

Untuk keterangan lanjut sila layari www.shoutawards.com.my atau www.8tv.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini tentang  .

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Datuk Aziz Sattar Dan Datin Hasimah Delan Dalam Sehati Sejiwa

Gambar Terbaru Fara Fauzana Sedang Bercuti