in ,

Sheryl Shazwanie Tersingkir di Minggu Kedua BIG STAGE 2019

Pentas Big Stage 2019 minggu kedua menyaksikan penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie. Sheryl bersama dua lagi peserta Aziz Harun (Brunei) dan Chaleeda (Thailand) berada pada tangga tiga terbawah pada akhir konsert selepas undian juri tetap dan undian atas talian dikira.

Pada jam 9 malam tadi, konsert kedua program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebanyak 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei berentap di pentas Big Stage 2019.

Sheryl Shazwanie Tersingkir di Minggu Kedua BIG STAGE 2019

Sheryl Shazwanie telah diumumkan tersingkir untuk minggu kedua dan 11 peserta melangkah ke minggu ketiga dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Glocal Hits.  Sheryl, 22, yang menyanyikan lagu ‘Drama’ nyanyian asal kumpulan Drama Band itu mendapat markah sebanyak 63.67 peratus secara keseluruhan dan tersingikir kerana mendapat undian terendah secara online. 

Juri jempuan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat menerusi komen kepada penyanyi yang terkenal degan lagu ‘Perasaan’ itu menganggap peserta itu tidak bersedia dan memahami lirik yang dinyanyikannya:

“Kamu gembira? Lagu ini tentang apa? Apa maksud dia? Awak tak baca lirik betul-betul, balik duduk dan fahami. Awak tak boleh senyum, kena fikir satu kata kerja sebelum mula pesembahan!”. 

– Syafinaz

Peserta daripada Korea Selatan iaitu Han Byul yang membawa lagu ‘Vroom Vroom’ nyanyian asal penyanyi Nabila Razali pada konsert minggu kedua dalam ‘Big Stage’ musim kedua ini telah membuat juri serta penonton terpaku.

Pesembahan yang penuh bertenaga dan mantap itu membuatkan Han-Byul menerima tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ serta membuat kejutan selepas mendahului carta dengan markah sebanyak 89.33 peratus. 

Bagi peserta daripada Indonesia iaitu Dinda Permata yang menyanyikan lagu ‘Temberang’ (Ayda Jebat) mendapat 82.67 peratus.

Selain Selain Han-Byul dan Dinda Permata, sembilan peserta yang layak ke peringkat seterusnya ialah Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Syada Amzah, Fieya Julia, Adzrin, Aziz Harun dan Chaleenda. 

Datuk Syafinaz Selamat diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Sheryl Shazwanie Tersingkir di Minggu Kedua BIG STAGE 2019

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:

Han-Byul – Vroom Vroom 89.33%
“Awak kelihatan sangat selesa dan profesional di atas pentas. Awak sudah melakukan yang terbaik, sebutan dalam Bahasa Melayu sangat baik,” – Datuk Syafinaz Selamat.

Dinda Permata – Temberang 82.67%
“Persembahan yang menyeronokkan. Saya puji dengan kelebihan ‘pitching’ awak yang sempurna. Awak mempunyai satu nada suara yang sedap. Syabas dan terus bekerja keras, jangan terlampau terlalu selesa,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Santesh – Balqis 80.33%
“Persembahan awak terbukti bagus malam ini. Satu persembahan yang menghiburkan, awak bawa lagu dengan nyanyian yang menarik. Itulah tugas seorang penghibur. Saya sendiri tidak terfikir untuk mengubah lagu seperti itu,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Neeta – Say My Name 79.00%
“Saya suka dengan persembahan awak kerana lagu ini tidak mudah untuk dinyanyikan. Dari awal persembahan hingga akhir sangat bagus,” – Judika.

Adzrin – Kau Pun Sama 73.33%
“Di permulaan nyanyian saya terhibur kerana nada suara awak bagus. Namun, makin lama tenaga agak berkurangan serta vokal awak perlu dikawal,” – Judika.

Fieya Julia – Jahat 70.67%
“Malam ini awak nampak tak selesa dengan kasut yang dipakai, pergerakan di atas pentas kekok. Cara pegang mikrofon juga tidak selari dengan pergerakan mulut. Lagu rancak bukan makanan awak. Cari satu bahagian dalam sebuah lagu untuk berikan satu nyanyian yang berlainan daripada penyanyi asal,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Irfan Haris – Uptown Funk 70.33%
“Lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan tetapi menampakkan sisi awak yang berbeza. Ada sedikit kekok dan canggung tetapi awak telah memberikan yang terbaik. Saya berharap awak dapat memperbaiki kelemahan yang ada,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kucaimars – Aku Penghibur 69.00%
“Minggu ini nyanyian berbeza daripada minggu lalu, nampak kelainan berbanding penyanyi asal. Walau bagaimanapun, vokal harus dilatih namun persembahan awak memuaskan,” – Judika.

Syada Amzah – Rockabye 68.33%
“Suara awak bagus tetapi sebutan tidak jelas dan ada bahagian yang lupa lirik. Sebenarnya apa yang penting awak patut tahu bagaimana untuk mengawal apabila terlupa lirik. Pada awal nyanyian sangat bagus tetapi makin lama persembahan awak kurang baik,” – Datuk Syafinaz Selamat.

Sheryl Shazwanie – Drama 63.67% (Tersingkir)
“Awak tidak memahami lirik lagu sebelum melakukan persembahan. Sepatutnya, awak tidak boleh senyum kerana lagu ini mengenai seorang lelaki yang kaki perempuan,” – Datuk Syafinaz Selamat

Aziz Harun – Seberapa Pentas 61.83%
“Semasa saya nampak awak bawa gitar di atas pentas, saya mengharapkan nyanyian yang bagus. Kawalan pernafasan awak berterabur dan boleh dikatakan keseluruhan persembahan vokal awak tidak okey,” – Judika.

Chaleeda Gilbert – Havana 59.00%
“Pentas sangat cantik jadi ia membantu persembahan awak pada malam ini. Jadikan komen persembahan malam ini sebagai cabaran untuk awak,” – Datuk Syafinaz Selamat.

Sheryl, Aziz dan Chaleeda berada di kedudukan Bottom 3 tetapi markah undian tidak menyebelahi Sheryl dan menyebabkan dirinya tersingkir.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Ariffin Dedah Kisah Bromance dengan Remy Ishak dalam SANGKAR

Ingin Pilih Yang Barai, Impian Sam Bunkface Tertunai!