in ,

Ingin Pilih Yang Barai, Impian Sam Bunkface Tertunai!

Bukan selalu kita dapat melihat nama “Sam Bunkface” berada di tangga carta sohor kini (trending)di laman Twitter.

Gara-gara program I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) yang baru sahaja bersiaran semalam, Sam telah menjadi topik perbualan hangat netizen di Malaysia selepas dia menyingkirkan penyanyi sebenar sebanyak empat kali berturut-turut!

Sam telah hadir sebagai artis jemputan untuk episod kesepuluh ICSYVMY2, yang turut dimeriahkan oleh Dayah Bakar dan Shuib Sepahtu selaku penyiasat jemputan kali ini. Apabila ditanya siapa yang hendak disingkirkan di pusingan pertama, Sam telah membuat keputusan untuk menyingkirkan penyanyi misteri yang diberi gelaran ‘Klik Kliker’ (Fildza Iskandar Bin Mohd Firdaus Surie) kerana penampilannya tidak berjaya meyakinkan Sam yang bahawa dia mempunyai bakat menyanyi. 

Sam telah memilih untuk berduet dengan ‘Showtime Untukku’ (Muhammad Alif Bin Mohd Daud).

Namun, permulaan episod kali ini kurang baik buat Sam kerana Fildza yang juga merupakan seorang jurugambar itu sememangnya adalah seorang penyanyi sebenar. Nasib malang terus menghantui Sam di pusingan kedua apabila dua lagi penyanyi sebenar iaitu ‘Ratu Hati Pesakit’ (Nur Farahana Binti Naharin) dan ‘Buatan Malaysia’ (Muhammad Faiz Jainudin) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas ICSYVMY2 kerana persembahan lip-sync mereka tidak meyakinkan. 

Di pusingan ketiga, Mark Adam, Shuib Sepahtu dan Dayah Bakar perlu mempertahankan seorang penyanyi misteri selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri secara individu. Sam mula risau kerana dia tidak pasti bahawa masih ada lagi penyanyi sebenar yang tinggal ataupun tidak. Selepas selesai berbincang dengan panel penyiasat, Sam telah membuat keputusan untuk menyingkirkan ‘Pematah Hati Cumi-Cumi’ (Anis Athilah Binti Hishamudin). Hati Sam kecewa sekali lagi kerana penyanyi misteri ini juga merupakan seorang penyanyi sebenar yang bersuara lunak!

Alif berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Memasuki pusingan terakhir, penyanyi misteri ‘Musang King’ (Mohamad Ekhwan Hakimi Bin Abdul Latiff) terpaksa mendedahkan suara sebenarnya di pentas penentuan kerana Sam telah memilih untuk berduet dengan ‘Showtime Untukku’ (Muhammad Alif Bin Mohd Daud). Kedua-dua penyanyi misteri ini adalah penyamar bersuara sumbang lantas secara automatik, Alif berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam Bunkface dan Mas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVE secara HD di tontonYouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.

Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMY di laman media sosial anda. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sheryl Shazwanie Tersingkir di Minggu Kedua BIG STAGE 2019

TikTok Calls Upon Malaysians to Express Their Love