in ,

SHERRY-ASHRAF DARI BELANGKAS BERTUKAR…

Ni ada satu lagi cerita pasangan artis yang bercinta bagai nak rak tapi tup tup putus tak berhaluan katanya. Mmm, macam pernah dengar kan statement maut cam nih? Tulah, kalau buat skrip drama pun, mesti penerbit reject sebab cerita macam ni dah klise.

Tapi yang Budiey nak cerita ni lain sikit. Yang penting, satu acuan la dengan cerita teman tapi mesra Linda Onn dan Fahrin Ahmad. Mengaku kononnya mereka ini pasangan teman tapi mesra tapi… tuhan saje yang tahu kan. Budiey pun pening nak define, apa makna teman tapi mesra tu. Lebih kurang bersahabat karib la kot. Tapi kalau kita jumpa diorang ni kat mana-mana, siap berpimpin tangan pulak macam belangkas.

Ceritanya bila kisah teman tapi mesra antara pelakon filem Malaikat Maut (filem ini masih belum ditayang lagi) Sherry Ibrahim dengan dramatis kacak, Ashraf Muslim yang dikatakan retak menanti belah angkara orang ketiga. Dulu, bukan main lagi diorang ni macam belangkas. Orang kata, kat mana ada Ashraf, di situ ada Sherry.

Wow, yang hangatnya, dikatakan Sherry ada hubungan intim dengan anak VIP. Ashraf frust dengar gossip hangit macam ni. Yang peliknya, dari mana datangnya gossip ni Budiey pun sendiri tak pasti. Sebab apabila diajukan kepada Sherry, berkerut juga dahi si pelakon manis ni. Tapi yang sahnya, memang Sherry berkawan dengan anak VIP yang dimaksudkan tetapi cukup sekadar kawan sahaja. Kenal pun melalui seorang kawan. Ada orang industri cakap lagi, Sherry selalu buat statement mautnya, bila media tanya… mesti ada yang dia jawab.. “oh, itu no komen”. Jawapan yang selamat!

Budiey perhatikan, ramai artis kena belajar macamana nak mahir dalam menjawab soalan dari media. Orang kata, PR kena bagus. Senyuman kena sentiasa manis! Barulah cerita yang keluar semua manis-manis!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COMEBACK WAN NOR AZLIN TAPI…

QUE HAIDAR MABUK?