in

Sharifah Amani Mahu Jadi Pengarah Filem Tapi…

Ketika beberapa pengarah muda galak mengarah filem, pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya mengaku dia belum bersedia untuk jadi pengarah. Peluang tu ada sebab sekarang pun Nani tengah belajar dan mengumpulkan ilmu sebab untuk jadi director bukan satu kerja yang senang.

Masa Prebiu Sayang You Can Dance, Sharifah Amani tampil ceria dengan T-shirt SYCD bergandingan sama pelakon muda yang lain. Katanya, semua pelakon dah macam satu keluarga dan mereka seperti adik beradik. Memang mesra dan sangat rapat. Maklumlah, sebulan berlatih dan sebulan lagi dihabiskan dengan berlakon.

Apa kata Sammy atau Samuel Ryzal tentang Nani?

“Apabila dapat tahu Nani akan menjadi pasangan saya, saya ‘mengkaji’ orangnya dulu dan ternyata dia seorang yang ‘gila-gila’ seperti saya. Sangat senang berkerja dengannya kerana dia ‘satu kepala’ dan ada imej tersendiri. Malah kami juga dapat membina keserasian dalam masa yang singkat.

Sudah tentu kami punya keserasian kerana masing-masing bersikap gila-gila. Walaupun kedua-duanya ‘gila’, tetapi apabila tiba ke babak serius, kami sudah tentu melakukannya dengan serius juga. Umpamanya, apabila ada babak sedih, kami akan cuba menjarakkan diri sebelum babak berkenaan dirakam. Ia dilakukan bagi mendapatkan rasa seperti kami benar-benar putus cinta.”

Sejauh mana hubungan kalian dalam dan di luar pengambaran?

“Saya sememangnya menyayangi Amani. Bukan sebagai kekasih, sebaliknya saya menyayangi pelakon ini sebagai seorang kawan. Saya cukup menghargai peluang berlakon di sisinya dalam filem ini.”

Apa yang menarik lagi, filem ini turut memaparkan pelbagai elemen realiti dalam kehidupan remaja seperti kisah keluarga, percintaan, persahabatan dan konflik yang akan mewarnai SYCD selain tarian yang menjadi tarikan utama. Sebanyak 11 lagu baru dicipta Ajai dan album runut bunyi filem ini.

Selain Amani, filem muzikal remaja itu turut membariskan dua bintang realiti Akademi Fantasia, Ebi Kornelis dan Dafi; pemenang musim pertama So You Think You Can Dance, Alam; serta Carmen Soo, Smyth Wong dan Dominique Chiu.

Wah, mesranya… berbisik tentang apa tu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu ALLAH PEDULI Agnes Monica Akan Diharamkan di Malaysia

Tomok Shah Indrawan Dapat Imuniti OIAM