in , ,

Lagu ALLAH PEDULI Agnes Monica Akan Diharamkan di Malaysia

Sumber dari Bernama mengatakan lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica akan diharamkan kerana ia menyentuh sensitiviti agama.

Agnes Monica

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul “Allah Peduli” kerana liriknya antara lain menyebut “… sebab Allah Yesusku mengerti.”

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

Agnes Monica

“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,”

– Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,”

– Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,”

– Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa

Begitu ramai sekali pembaca yang memberikan komen tentang isu ini. Apa pendapat anda pula?

[Sumber]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Setuju sgt2..
    Lagi pun ia melibatkan akidah umat islam.Nanti ada anak2 muda kita yang terikut2 menyanyi sama lagu tanpa menyedari senikata yang dinyanyikan..

  2. …Memang itulah langkah yg sepatutnya di ambil oleh Majlis Agama Islam….mmg isu ni amat menyentuh sensitiviti yg mmbabitkan soal agama…moga dgn tindakan ini, kesucian agama Islam akan ttp terpelihara..

  3. Lawaknyer. kan lagu ni “lagu rohani” umat non-Muslim Indonesia. Apasal nak kecoh nak ban kat Malaysia?

    Dah tau si Agnes Monica tu non-Muslim. Apahal dia nak nyanyi lagu ‘dakwah’ Islam?

  4. ‘Cetek Ilmu’ pencipta lagu ni. Kenapala nak kaitkan tuhan org len. Agnes ni pn sama main nyanyi jer..Dlm kitab dia ada nama Allahswt ke??…
    Membe saya yg bukan islam pon tahu bezakan sapa jesus sapa Allahswt..
    Xde ker “elemen” len yg nak diorg nak masukkan dlm lagu. Da kurang ilmu ker??…
    Belajar la jd pencipta lagu yg bijak bukan suka2 letak nama or apa2 ok.. Kajila yer selidik yer sebelum melakukan sesuatu itu.
    Wahai pengengar, phibur, pencinta muzik tanah air renung2kanlah..

  5. saya setuju dengan di haramkan seorang artis seperti agnes m.menyanyikan lagu-lagu yang menyentuh nama-nama tuhan . mudah-mudahan juga MUI indonesia mengeluarkan fatwa haram tentang lagu itu

  6. agnes neh dia tau apa…dah dia pun kapiaq…tak faham apa maksud sebenaq perkataan ALLAH tu…suka-suka jaa nak sebut…hope org-org di negara Indonesia, especially Menteri negara tu kena la peka tentang lagu yg memesongkan akidah dalam diam-diam neh…jangan sampai ada yg mark Indonesia ni negara yg seangkatan dengan Israel!!! 🙁

  7. tolong buka minda sikit. perkataan ‘allah’ mmg ada dlm kitab org kristian. aku dulu wktu sekolah rendah (30 tahun yg lalu) selalu baca bulletin org kristian ni sbb sekolah aku dkt dgn gereja, sajala utk tambah pengetahuan. mmg la perkataan ‘allah’ tu dorg pakai. tapi alhamdulilah akibah aku tdk terpesong. aku masih Islam. Jgn la kita takut pd byg2 sndiri. sepatutnya org kritian pun takut jg nnt org2 dorg pun keliru jg tp dorg cool jak. yg penting keimanan kita ok. untuk membezakan, kita sebut jak ALLAH SWT, dorg kan sebut ‘allah jesus’.

  8. hahahahahahahahaha
    aku di indoensia saja tidak pernah mendengar lagu ini
    ini lagu gereja … dan hanya untuk kalangan mereka
    salah ko kenapa ko dengar lagu gereja ….

  9. To donkdonk – tak kena ngan agama engko.. senang lah ko cakap!!! Lagu gereja ke, tak gereja ke…. jangan cuba nak putar belitkan kebenaran!!! Tak de perkataan Allah Jesus ok!!!!

    Ini bukan soal salah atau tak dengar lagu gereja… yang jadi isu kat sini perkataan yang digunakan itu seolah-olah nak memesongkan akidah pendengarnya… ko ni paham ke tak???? Jangan cuba nak betulkan benda yang terang-terangan salah dalam agama Islam…

  10. lady ….
    adakah lagu ini massuk malaysia
    jika tidak ada kenapa harus marah …
    ko ini macam orang makan babi ko yang marah .. kalo orang tuh makan babai di rumah nya sendiri tidak minta ko ikut makan pula. kanapa ko marah.

    sekali lagi aku muslim , sebagai yang tinggal di indoensia . belum / tidak sekali pun aku pernah mendengar lagu ini. jadi intinya jika ko belum pernah bel;i lagu ini … belum pernah download lagu ini…. belum pernah di ajak untuk mendengarkan lagu ni apa lagi di paksa……… kenapa harus marah.

    allah swt tidak akan turun derajatnya jika ada orang yang merendahkannya …

    belajarlah dulu agama islam yang sebenar2nya …

  11. donkdonk…ko ni tak faham sebenarnya…kalau ko org Islam jugak, pasal apa ko rajin sangat sebut b**i? rasa seronok ke sebut b**i tu? nampak sangat ko ni riak, takbur!!! kita kat homepage budiey ni cuma nak bagi komen, bukan nak baca caci cerca bahasa kesat ko tu! ko suruh orang belajar agama Islam sedalam-dalamnya tapi ko sendiri cakap pun bahasa tah hapa-hapa…cermin diri-sendiri dulu k…sebab kita kat budiey.com nak sama-sama memberikan pendapat antara satu sama lain…jangan ingat pulak yg orang Malaysia ni suka cari gaduh…aku pun bukan nak tunjuk bagus tapi aku sendiri suka bagi pendapat…kang aku cakap utara, takut ko tak paham pulak.

  12. banyak perkara
    yang tak dapat ku mengerti
    tiada satu pun kan terjadi
    di dalam kehidupan ini

    satu perkara
    yang ku simpan dalam hati
    mengapakah harus terjadi
    tanpa Allah peduli

    Allah peduli Allah mengerti
    segala persoalan yang kita hadapi
    tak akan pernah dibiarkanNya
    ku bergumul sendiri
    s’bab Allah mengerti

    [ALLAH ITU BAIK..DIA MENGERTI DAN DIA PEDULI..ALLAH MILIK SEMUA INSAN DI BUMI]

  13. Hanya satu aje aku nak kata pada donk donk….

    Wahai donk donk… aku tau lah ko seorang Islam di Indonesia…

    Aku tak mau berdialog dgn mu wahai donk donk..

    Tapi donk donk…jgn lah sampai akal mu sama level dgn DONKEY …

    🙂

  14. Sabanass >>> itu lah fakta yg telah dibelit2kan….
    Maaf bercakap ya….

    Setahu aku dlm kitab Injil… bahasa English….
    dari dulu zaman datuk nenek moyang atas moyang aku…

    Takde omputih gunakan Allah Jesus…

    THEY USED LORD, GOD, FATHER….

    Jadi orang2 Kristian Melayu ni lah yg sudah tokok tambah menconfusekan ….

    Yg aku heran…
    Kenapa tak digunakan BAPAK (Father)YESUS..
    Y must Be Allah… ????

    SAYA AMAT SETUJU KALAU MEREKA TIDAK MENGUNAKAN AYAT DGN MENGATAKAN… Allah Yesus? Jesus….

    Kat Filipina pun tak gunakan Allah Yesus…
    Cuma di Indon aje seprti ku kata suka mencampur aduk nya.. 🙂

  15. ehehem2!!! klau bleyh,lgu allah peduli versi agnes jela yg dharam kan,sbb ade vrsi laen yg dinynyikan oleh artis benama nikita….mmg xde prkataan yesus!!!! sbb lgu ni dharamkn krna lirik yg mggabungkn prkataan allah n yesus!!!!

  16. GAK TAULAH,emang sich dalam agama islam sakit banget rasanya kalau nama Tuhan kita dipakai Nama Tuhan selain agama islam,tapi yaa… selama gak ganggu kita beribadah kayaknya tak da masalah,kalau memang ada dosa bwt dia(agnes) atau ada pahala bwt dia, biarkanlah lah itu urusan dia sama ALLAH..

  17. En. Budiey…tutup je la terus topik lagu agnes monica neh…semak mata jaa baca benda-benda yang boleh menyakitkan hati…buat cam topik yang first pasal agnes neh, kena tutup dah…payah kalau ada komen dari orang yg kadang-kadang terkeluaq dari topik…MELUAT!

  18. HELLLOOO…KORG SUMA ARH…YG MUSLIM!KENAPA X FKR BHWASANYA BUKAN HANYA AGAMA ISLAM SHJ YG PAKAI NAMA ALLAH TU..KRISTIAN PUN..KALAU KORG X PERNAH BELAJAR TTG AGAMA KRISTIAN..MDALAMI DAN MENGERTI…X PERLU NAK CKP LEBIH2 DLM KOMEN NI..APA PUN KORG X TAU.CKP KOSG ADALAH..PKATAAN ALLAH ADALAH UNIVERSAL..YG ISLAM TU..FOCUS JE LAH KAT ALLAH SWT KORG..KALAU KORG MMG BPEGANG PD AKIDAH KORG..KORG XKAN MDH KELIRU DAN TERPESONG…KAT M’SIA NI KTA BEBAS BERAGMA..SO,JGN NAK PSOALKN AGM ORG LAIN…TKT SEJ 13 MEI B’ULG…TP…BG SY ‘ALLAH YESUS’MMG LUARBIASA.

  19. # Tabuan kata:
    March 17th, 2009 at 6:01 pm

    Sabanass >>> itu lah fakta yg telah dibelit2kan….
    Maaf bercakap ya….

    Setahu aku dlm kitab Injil… bahasa English….
    dari dulu zaman datuk nenek moyang atas moyang aku…

    Takde omputih gunakan Allah Jesus…

    THEY USED LORD, GOD, FATHER….

    Jadi orang2 Kristian Melayu ni lah yg sudah tokok tambah menconfusekan ….

    Yg aku heran…
    Kenapa tak digunakan BAPAK (Father)YESUS..
    Y must Be Allah… ????

    SAYA AMAT SETUJU KALAU MEREKA TIDAK MENGUNAKAN AYAT DGN MENGATAKAN… Allah Yesus? Jesus….

    Kat Filipina pun tak gunakan Allah Yesus…
    Cuma di Indon aje seprti ku kata suka mencampur aduk nya.. 🙂
    kalau nak bangkitkan isu dalam alkitab tu..kena waspada sikit yer..ko cakap

    cakap memang senang beb:
    saya nak tanya ko satu soalan
    *cuba ko translet GOD kedalam Bahasa.
    mungkin kamus dwibahasa ni perlu di perbetulkan kot.
    tak ada translation lain yang lain selain ALLAH. ko cari lah di mana2 kamus..lagi pun perkataan ALLAh itu awal penggunaannya oleh masyarakat di arab dan bukan melayu..pada dasarnya, sebelum kedatangan nabi muhd. pun sudah di gunakan perkataan ALLAH. cuba korang selidiki sejarah dunia awal. tok guru nik aziz pun mengatakan penggunaan ALLAH ini Universal. kalau korang rasa di rendahkan atau di kurangkan. ko pikir lah sendiri. orang lain pun tak nak di rendah kan. saya tahu malaysia mengamalkan negara sekular tapi, masalahnya selalu menggunakan akta, undang-undang untuk menutupi segala kelemahan dan yakni menggunakan kedaulatan Di Raja untuk memenangi sesuatu. kalau rakyat malaysia ni di beri layanan sama-rata, saya pikir hal-hal yang remeh macam ni tak akan berbangkit. ini semua cuma Gimik politik di malaysia. politik yang tak modern. pikiran yang terlalu kebelakang, mementingkan kepentingan diri sendiri, rakyat cuma jadi mainan, isu agama menjadi langkah untuk memenangi hati rakyat..

  20. bagi pendapat saya tiadak ada yg salah tentang lagu ini.. kekadang ada juga saya dengar orang kristian yg ikut-ikutan nyanyi lagu nasid, tapi aqidah diorang x terpesongpun.. hina betulka lagu rohani org kristian ni bagi org islam? kita punya kepercayaan atau lebih tepat agama masing2 so jangan terlalu prajudis atau memandang hina agama orang lain.. bukan agama yg kita anuti yg menentukan kita masuk ke sorga tetapi keimanan kita lah yg terpenting.. bila seseorang itu terlalu fanatik dalam sesuatu agama maka mereka akan pikir yg mereka akan masuk sorga tapi cermin dulu diri kita sendiri.. sama ada layak atau tidak kita persoalkan tentang agama orang lain.. bagi saudara ku yg kristian cintailah jesus dan taatilah perintaknya.. jangan kita menghakimi agama org lain.. biarlah kita d hina dlm dunia ni, tapi kita dimuliakan oleh bapa di sorga.. amen..

  21. tak ada keadilan langsung… SELFISH……………………….. KLAU CAMNI LBH BAIK LGU AGAMA ISLAM DIHARAMKN JR….

  22. YANG HEBOH PASAL LAGU TU APAHAL.KAN BANYAK BENDA LAGI KAT MALAYSIA YANG TAK BAIK HARUS DIHARAMKAN.GEJALA SOSIAL YANG MELANDA SEMUANYA TU TAK SIHAT.SEMUA INILAH YANG MEROSAK AKIDAH.MACAM TAK BERAKAL LANGSUNGLAH ORANG YANG MENGHARAMKAN LAGU INI DAN YANG MENYOKONG LAGU INI DIHARAMKAN.BILA SESUATU ARTIKEL DITERBITKAN OLEH GEREJA KRISTIAN SEMUANYA DITAPIS SEOLAH-OLAH SEMUANYA SALAH.HINA SANGATKAH AGAMA KRISTIAN DIMATA ORANG ISLAM.BUKANKAH SEMUA AGAMA MENJURUS KEPADA KEBAIKAN.AGAMA KRISTIAN TIDAK PERNAH MEMAKSA DAN MENGELIRUKAN ORANG ISLAM.SEHARUSNYA MAJLIS AGAMA ISLAM SEDAR DENGAN APA JUA KEKELIRUAN YANG ADA SEMUANYA DARIPADA SIKAP ORANG ISLAM ITU SENDIRI.KENAPA MENGHARAMKAN PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH KEPADA ORANG KRISTIAN DENGAN ALASAN PENGGUNANNYA BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH SERTA MENGELIRUKAN UMAT ISLAM DIMALAYSIA.SETAHU SAYA HANYA IBLIS SAHAJA YANG SERING MENGGODA DAN MELARANG MANUSIA MENYEMBAH DAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHAKUASA.MANUSIA TIDAK PERNAH BERBEDA DI HADAPAN ALLAH TETAPI YANG MEMBEDAKAN KITA HANYALAH KEPERCAYAAN AGAMA.BIAR BENAR MANAPUN SESUATU AGAMA ITU JIKA TIDAK PUNYA RASA KEINSAFAN DIRI DAN SIKAP UNTUK SALING MENGHORMATI APA GUNANYA.ADAKAH KEDUDUKAN ANDA TELAH TERJAMIN DISYURGA KELAK DENGAN MELARANG PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH?DUDUK KAT MANA DALAM SYURGA..,DEPANKAH,BELAKANGKAH,KAT PARA MALAIKATKAH,KAT PARA NABI ATAU RASULKAH?ATAU KAT NERAKA.. SEMUANYA INI TERPULANG KEPADA ALLAH YANG ESA MENURUT HUKUMNYA SERTA KEIMANAN KITA DAN BUKANNYA MENURUT HUKUM CIPTAAN MANUSIA.FIKIRKANLAH ADAKAH HUKUM ALLAH ITU HANYA UNTUK ORANG KRISTIAN,ISLAM,YAHUDI ATAU SEMUA MANUSIA.YANG PASTI DAN NYATA SEMUA MANUSIA MILIK ALLAH KERANA KITA DATANG DARI ALLAH DAN KEMBALI KEPADA ALLAH JUGA AKHIRNYA..MAKA SEBAGAI MANUSIA KITA BERHAK MENYEBUT NAMA ALLAH MENURUT KEPERCAYAAN MASING2.

  23. aduh…waduh5x!!!!! otak nipis tul mrk2 yg menghina kristian ni.bukan islam je yg tahu guna Allah,malahan dlm kitab2 Kristian pun ada tertulis perkataan Allah..malah dalam lagu2nya yang lain.apasal korg sakit ati sgt?ini lagu rohani,lagu gereja kristian..spt lagu2 kamu,kristian jg ada lagu rohani.tak pernah jugak org2 kristian bising pasal ni..tp pe hal dengan org islam ni?bila2 ada saja sesuatu tentang @ dari kristian,pasti korang bantah itu,komen ini haram sana sini….dah kita sama2 tinggal kat bumi Malaysia ni,pandai2 la nak jaga hati sesama sendiri.sperti kata PM,1malaysia. camna nak direalisasikan jika rakyatnya berperangai bgni?

  24. Atas nama : BAPA (Father), Putera (Jesus), dan Roh Kudus (Holy spirit)

    Ketiga-tiganya ialah cuma SATU(1).
    Bukannya tiga(3) Tuhan seperti orang2 bodoh katakan sebab sudah memang terang-terangan tak pernah menyelidiki kepercayaan agama lain. ha ha. Koraang ingat org kristian ni bodoh ke nak sembah 3 Tuhan? memang benar BODOH lah orang-orang yang ingat mereka(kristian) menyembah 3 Tuhan.

    Masih keliru? Berdoalah terus pada TUHAN YANG SATU mintak dibukakan fikiran yang masih keliru itu. HAnya Dia yang SATU yang tahu. TQ.

  25. MALAYSIA mmg dari dulu selalu merendahkan bangsa Indonesia,
    sebagai negara yg mayoritas Islam, bukan berarti bisa mencampuri urusan religi negara lain.
    lagu ini kan lagu umat Kristiani, bukN UNTUK Umat Muslim
    bagi umat kristiani ALLAh itu mmg esa
    tapi ALLAH juga dikenal dengan sebutan TRI TUNGGAL
    Artinya adalah ALLAH BAPA, ALLAH PUTRA(Jesus kristus), dan ALLAH ROH KUDUS.
    Jadi jangan memandang LAgu ALLAh Peduli ini dengan paham Ajaran Islam.
    Selidiki terlebih dahulu apa makna dari ALLAH.
    Satu hal yg terpenting Mari Kita jadikan Agama untuk menciptakan PErdamaian dunia dan BUKAN PErmusuhan.
    GOd Bless You

  26. islam is the way of life…..
    so jangan gaduh2 ok…
    isu allah dlm lagu”allah peduli” memang masalah bg org islam….
    korang kene faham yang islam itu terlalu suci….
    dan perkataan allah sangat suci dan agung…
    so jangan nak cemarkan kesucian nama allah dgn perkara mcm ni…
    dan bg org islam, memang bagus korang pertahankan..
    bg yg bukan beragama islam, maafkan lah jikalau saudara2 islam saya terkasar bahasa… kami cuma mempertahankan agama kami dr di pesongkan…

  27. alah..xpyh nk heboh2 laa psl lgu nie..aku x heran pn psl lgu nie sbb org indon kan..ayah aku pn ckp sapa2 pn blh sebut nama Allah..tp kdg2 aku tgk cite indon slalu ambk plakon agama kristian suh blakon sbg org islam..aku keliru la..?? sbenarnya x apa ke mcm tuu…??kdg2 aku rasa mcm agama islam nie dpersandakan plak..entahla..

  28. tapi bagi kmi orang kristen allah tu sama ja dengan “yesus”..jadi tidak salah bagi kmi tuk sebut nma allah…jadi lagu2 kmi smua yg ada allah tak kan tak boleh guna sda…??jadi fikir la..

  29. wei..klu korang agama kristian jngn babitkan agama kitorang…klu korang nk perlekehkan agama islam..kitorang akan balas dgn teruk…especially agnes monica..klu dh famous tu jgn jd kurang ajar…tuhan dia jesus n tuhan kami allah..dan allah tidak diperanakkan dan tidak beranak..semoga allah melaknat orang yang menghinanya…

  30. jadi klu dalan ALKITAB kami sda tertulis mcm tu tak kan nak ubah…baca alkitab la kmu smua spya kamu tahu…!!

  31. BAGI YANG ISLAM TU!!
    TAK PAYAH NAK SIBUK2!!
    MENYAMPAH BETUI!!
    SUKA HATI LA NAK PAKAI APA!!
    PERKATAAN ALLAH TU UNIVERSAL!!

  32. setahu aku..kristian nie use jesus right..n muslim allah..kitorang tahula non muslim pun use allah..but kitorang x pernah buat lagu ada name jesus..so yang korang use allah tu why..bukan marah..tapi kalau pasal lagu please jangan kaitkan pasal ketuhanan…

  33. jgn gaduh2 la pren…we all semua human kan..x de yg hantu,animal n lain2…lagu lagu cam tu memang la menyakitkan hti orang islam…cause selama nie islam x kacau jesus pun…yang kristian tu kalau terasa jgn nk keluarkan perkataan yg kurang sopan..ok now…study hard study smart..this is my nasihat..don’t be jahat..study dulu baru ngorat..ha..ha..

  34. wei…kristian jgn melebih lebih…kitorang x pernah dengar pun kristian ada allah swt..memang patut diharamkan…sya cadangkan lagu x pyh kena bagi main kat mana2 radio…kecuali radio indon cause itu negara dia right…

  35. hei korang ingat allah dengan yesus tu samakah,allah tu utk orang islam n yesus tu utk orang kristian………..jadi jangan nak melebih lebih……………..

  36. salam to muslim fren n slamat sejahtera to non muslim….nak clarify kat korang la….agama ni terbahagi kpada 2 agama wahyu n agama budaya….agama wahyu ni agama yg diturunkan oleh Allah swt…iaitu Judaism(Yahudi),Kristian dan Islam….agama budaya pula dari ajaran manusia sperti Buddha(Sidhratta Gautama),Sikh(Guru Nanak) n Hindu….agama wahyu menerapkan bahawa tuhan itu maha esa,Allah….Jew also beleive in Allah but pronounce in hebrew “Yahweh”…

  37. Arab kristian kt Lubnan n Egypt juga menggunakan perkataan Allah sbagai Tuhan dalam bible….di Malaysia,kerajaan mengambil langkah bijak menyekat bible edisi melayu kerana sensitivity muslim especially penggunaan Allah sbagai kta gnti Lord…Sunday worship juga mesti berbahasa english,mandarin or tamil….xleh pkai bm…disebabkan rmai indonesian kt mlaysia…so adalah worship bhasa indon utk diorang….back to topic lgu Agnes tu trang2 bunyi lagu gospel..n mmg lgu tu utk christian fellowship pun..

  38. di Indonesia,album lagu gospel ni dijual bersama album komersial….masakan lagu gospel diorang siap ada video karoke lgih…kerajaan mmg patut banned lgu ni dri commercial krana malaysia bukan indon yg suka commercialkan lgu2 dakyah kristian….to the christ follower or paderi…hentikanlah dakyah korang kt tmpat awam especially dlam LRT or komuter…aku tau mission korang…n allowance korang dpt tinggi…if u tarik muslim

  39. Hmmm…, yang merasa dirinya muslim, tak usah ikut campurlah dengan urusan mereka yang kristian. tak usah saling mengusik. semua berjalan dengan apa yang mereka yakini dan percayai sajalah! di indonesia, kata Allah itu lebih merujuh kepada Tuhan!! bukankah Allah itu bentuk makrifah dari dalam bahasa arab yang artinya dalam bahasa melayu : Tuhan??
    jangan suka menindas keyajinan orang minoriti lah. kita, sebagai orang islam, tentu senang jikala me4ndengar umat islam di US atau di Australia bisa menjalankan agama mereka dengan baik.., jadi kenapa malaysia tidak mau menghormati orang yang minoriti pula…??

  40. Shalom…tuk smua anak Tuhan..STOP!!! la kmu war2 ne…meh smua sembah yesus ja….kan pren indon???yesus tu terbaik bukan…??yang penting I LOVE JESUS..

  41. Dri pada kmu pusing2 masalah nama Allah, gini aja. Agama islam Allahnya lain dgn Allahnya org kristen,selesai.

  42. bener tuh apa yg dibilang P3t3r.. hehe 🙂
    ga perlu pusing2 apalagi memaki-maki hal yg ga ada urusanya sama lo!! mendingan lo jalanin ajja urusan lo sendiri.. :p

  43. aslqm….
    pada pdapat saya,sebenarnya memang betul tindakan mengharamkan lagu ini,kerana ia dah mempeli agama kta..kenapa dia tak buat lagu yesus peduli..apalah agama kristian ini ,hanya tahu mpeli agama islam saja.pelilah agama sendiri………..

  44. asslmkm sahabat muslim dan muslimah..
    Pada pendapat saya, anda semua ni kne mendalami sejarah beradapan tamadun agama-agama samawi sebelum lancang berkata-kata… kepada sahabat muslim dan muslimah sekalian…ingat lah.. biar lah setiap kata-kata kita berasaskan ilmu bukannya nafsu dan fakta-fakta yang salah…
    Berkenaan isu perkataan Allah, jgn dilihat dalam konteks perspektif yang sempit… Kepada sahabat ku yang muslim, kita semua tahu..sebelum kedatangan islam, 3 kitab telah diturunkan untuk mengesakan Allah (walam-yalid walam yulad). Maka tidak hairan la mereka (orang2 kafir) itu mengatakan perkataan allah itu universal. Kerana mereka agungkan kitab tersebut…tetapi tidak pernah berpengang pada isi kandungan nya..mereka ubah ayat-ayat Allah S.W.T….ingat lah sahabat-sahabat…kan Allah S.W.T telah memperingatkan kita di dalam Al-Quran bahawa musuh-musuh Allah S.W.T akan berusaha untuk menyesatkan akidah orang islam….
    Untuk mencari jawapan kepada isu perkataan Allah…saya menyeru sahabat-sahabat muslim dan muslimah mencari bahan, buat kajian, berkenaan peradapan agama-agama samawi sehinggalah kedatangan Islam..insyallah..dgn ilmu yang diperoleh nnt.. anda boleh berhujah mempertahankan kesucian agama kita…wslm

  45. anda tahu apa maksud ALLAH..tapi anda sering menghakimi orang..
    apa kah ALLAH mengajar kita untuk menghakimi orang??
    ALLAH sedih melihat perbuatan kita seperti itu..
    kenapa ALLAH sedih??kerana ALLAH peduli terhadap kita semua
    tahu kah anda apa tujuan kita hidup di dunia ini..
    tujuannya adalah untuk memuji dan menyembah ALLAH..
    bukan soal benar atau salah tetapi respon
    kerana keterbukaan adalah awal dari pemulihan
    dan oleh itu perubahan bukanlah perubahan sampai terjadinya suatu perubahan…YESUS ADALAH TERANG DUNIA..ingat lah….

  46. dalam segala perkara TUHAN punya rencana yang lebih besar dari semua yang terpikirkan
    apa pun yang kau perbuat tak ada maksud jahat sebab itu kulakukan semua denganMu TUHAN
    KU TAK AKAN MENYERAH pada apa pun juga sebelum kucoba semua yang ku bisa tetapi ku berserah pada kehendak TUHAN hati ku percaya TUHAN punya rencana

  47. Begini sajalah biar saya jadi orang tengah. tak baik gaduh2. saya faham isu ini adalah kerana penggunaan perkataan “allah” di kalangan orang kristian. orang2 muslim mahu agar perkataan “allah” itu diharamkan kerana boleh mengakibatkan akidah umat Islam terpesong. Bagi saya, saya mengakui di Malaysia agama Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi tujuan dan maksud lagu Agnes Monica itu hanya di kalangan org kristian saja malahan dalam mana kaset2 dan cd2 lagu gereja ada tertulis untuk “org non muslim” unuk orang2 Indonesia dan Malaysia saja. Lagipun So, walaupun tertulis perkataan seperti itu takkanlah org2 muslim masih mendengar khususnya lagu2 dalam kaset2 atau cd2. Dan lagipun, setahu saya walaupun perkataan “allah” digunakan dalam kristian namun masih ada bezanya penggunaannya dalam agama Islam “Allah swt” dan dalam agama kristian hanya perkataan “Allah” saja. Lagipun, saya tahu mereka bukanya ada hati mau memperli atau menghina kesucian Agama Islam malah mahu menghormati semua agama yang terdapat di Malaysia. Kan sudah lama penggunaan perkataan “Allah” dalam kristian, mengapa tiba2 isu ini dipersoalkan selepas muncul Agnes Monica? Agnes Monicapun menyanyi khusus untuk dikalangan orang2 kristian saja. Lagipun kesucian agama lahir daripada hati nurani bukannya daripada perkataan yang diungkap. So, beginilah… saya adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia memohon agar isu ini diberhentikan dan lebih baik bagaimana kita merealisasikan 1Malaysia supaya dunia nampak negara kita menjadi contoh kepada keharmonian sejagat.

  48. APALAH MAU DI GADUH2 HAL BEGINI AGNES NYANYI PUN HANYA UNTUK ORG2 CHRISTIAN TIADA KENA MGENA PUN NGAN ORG ISLAM. YG SMPAI MAU DHRAM2 TU NPA??? KITA HRUS LA MGHORMATI SSMA MANUSIA AGAMA ORG2 CHRISTIAN JGN HANYA MAU IKT HATI AJA. CHRISTIAN TIDAK PRNAH MEMESONG KAN AGAMA2 LAIN MLAIN AGAMA TU YANG TKUT TERPESONG AGAMANYA. HENTIKANLAH!!!! BDMAI LA.. JESUS KU MGERTI..

  49. kepada orang kristian, janganlah kita betekak dengan org ISLAM sebab bagi mereka, agama mereka saja yang BETUL DI DUNIA & AKHIRAT, cakap pun takde gunanya. Let us be humble… Yesus ada mengajar:”Kasihilah musuhmu. Jika pipi kiri ditampar, berilah pipi kanan.” Tak payah buktikan Yesus tu Tuhan yang sebenarnya… biar Tuhan Yesus sendiri melawat mereka secara peribadi. Tugas kita sebagai umat kristian, berdoa.. dan terus berdoa agar banyak jiwa diselamatkan dan bukannya betekak dengan mereka di blog ini, tambah dosa nanti apalagi mencaci. semua tu kerja kuasa kegelapan. Kita beperang bukan melawan manusia tetapi roh-roh kegelapan. Semoga semua anak Tuhan yang percaya terus dilindungi… GOd Bless you all….

  50. tak payah dengar lagu ni. tutup citer. banyak lagi lagu nasyid lain boleh dengar. lagipun, lagu ni bukannya sedap pun. =P

  51. walaupun banyak agama. kita islam mesti hormat agama orang lain, ini agama islam di selangor. faham sikit!!! marah ini, marah itu, buat orang islam tambah dosa. agama lain masuk neraka, orang islam pun ikut sama ke neraka, sebut islam suka marah ini, marah itu. islam mesti sayang, baru boleh masuk ke atas langit. faham tak!!! Orang islam.

  52. Ow…Agama Islam memang suci.. Jadi, agama kristian pulak? ..Lagu ini khas untuk orang kristian di Malaysia dan xda kena mengena.. Lebih baik kita pisahkan Malaysia dengan Islam and Bukan Islam.. Dan isu ini zakan terjadi lagi..Setuju??

  53. Ow…Agama Islam memang suci.. Jadi, agama kristian pulak? Weii..Kristian pun agama SUCI. ..Lagu ini khas untuk orang kristian di Malaysia dan xda kena mengena ISLAM.. Lebih baik kita pisahkan Malaysia antara Islam dan KRISTIAN.. Dan isu ini tidak akan timbul lagi..Setuju?? Contohnya: Sabah dan Sarawak semua Kristian. Semenanjung semua Islam.. Hah..kan adil..SETUJU tak???

  54. kenapa di dunia ini cuma muslim malaysia saja yang protes orang christian pakai kata Allah???bagaimana dg muslim di negara lainnya??

  55. nama”Allah”itu hanyalah untuk agama Islam dan tak ada kaitan dengan agama yang lain. agama selain daripada Islam diharamkan mengambil dengan nama Allah…astaghfirullahalazim.

  56. salam damai…bila aku baca tiap2 komen kat atas, terasa seperti berada di kancah perang yang digambarkan di dalam kitab injil.dimana adanya peperangan diantara kuasa kebaikan dan kuasa gelap sebelum datangnya penghakiman terakhhir. kepada saudara2 1 malaysia, hentikanlah berdebat soal ni. lbh baik kita gunakan masa yang ada nie untuk mempersiapkan diri dari segi rohani sebelum tibanya kedatangan Al-Maseh. Agama semata-mata bukan tiket kita untuk masuk ke gerbang syurga tapi keimanan terhadap firman2 yang telah Tuhan turunkan. El-Shaddai…

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Faizal Tahir dan Anita Sarawak di Minggu Setiausaha PNB Darby Park

Sharifah Amani Mahu Jadi Pengarah Filem Tapi…